Header Ads

ads header

Flash News

Dewan Rakyat bersidang 27 hari mulai 2 Nov, Belanjawan 2021 dibentang 6 Nov


PETALING JAYA:
Dewan Rakyat akan bersidang semula selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 23 Dis ini, dengan Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 4 petang 6 Nov.

Bagaimanapun, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Rakyat, Mohd Nor Aswadi Md Nor berkata, hanya beberapa agensi media dibenarkan membuat liputan sepanjang mesyuarat dan pembentangan Belanjawan 2021 dalam usaha membendung penularan Covid-19 dan mematuhi SOP ditetapkan.

Sebanyak 15 agensi media dibenarkan memasuki kawasan Parlimen untuk membuat liputan, iaitu RTM, Bernama, Al-Hijrah, TV3, New Straits Times, Berita Harian, Astro Awani, Utusan, Sinar Harian, The Star, The Sun, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban and saluran televisyen Singapura, Channel News Asia.

Tiada agensi media atas talian yang disenaraikan dalam senarai itu.

Aswadi berkata, kakitangan agensi media yang dibenarkan membuat liputan itu wajib menjalani swab Covid-19 pada 30 Okt dan menyerahkan keputusan ujian itu kepada petugas Parlimen pada 2 Nov.

“Ujian swab hendaklah dilakukan di hospital atau klinik yang diiktiraf KKM dan ditanggung agensi media masing-masing. Hanya petugas media yang mempunyai keputusan negatif saja dibenarkan masuk ke Kompleks Parlimen.”

#Sumber :  FMT  

MR :  Mesti hangat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan