Dulu sambut baik nak keluar PN, hari ini sambut baik gencatan politik saranan Zahid
Pemuda Umno menyambut baik keputusan pimpinan parti itu untuk melakukan "gencatan politik" dan memberi sepenuh tumpuan kepada agenda menangani Covid-19 serta membantu rakyat yang terkesan akibat virus itu.
Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah tiba masanya semua ahli politik melakukan gencatan politik atas nama perdamaian nasional bagi memikirkan penyelesaian terbaik untuk rakyat.
"Alhamdulillah, kepimpinan tertinggi Umno mendengar suara Pemuda (Umno) agar dilakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang ketika ini susah dan gelisah akibat hambatan ekonomi dan dampak negatif daripada pendamik.
"Sekali lagi Pemuda Umno menegaskan sudah tiba masanya semua ahli politik tidak kira parti mana sekalipun melakukan gencatan politik atas nama perdamaian nasional untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan kepentingan rakyat," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Petang tadi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi petang tadi mengumumkan gencatan politik susulan Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid berkata, Umno juga mendukung kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.
"Saya ingin menegaskan beberapa pendirian Umno seperti mana berikut, melakukan gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.
"(Juga) mendukung kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Armand Azha Hanifah menyifatkan pengumuman Ahmad Zahid itu sebagai bukti parti itu berjiwa besar.
Oleh itu dia berharap agar pemimpin Umno di setiap peringkat menyambut baik keputusan Ahmad Zahid yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.
"Dalam situasi hari ini semasa negara sedang berperang mengatasi pandemik Covid-19, tindakan kepimpinan Umno untuk fokus penyelesaian pandemik ini merupakan tindakan terbaik bagi semua pihak baik parti-parti politik mahupun rakyat.
"Saya harap seluruh kepimpinan Umno semua peringkat menyambut baik keputusan parti untuk kita semua bekerja keras membantu rakyat di kawasan masing-masing kerana sejak dahulu hingga kini, Umno konsisten dalam politik khidmat bakti pada rakyat," katanya.
MR : Bila politik berubah-ubah ini membuat rakyat mula balik rasa 'cemuh' kepada UMNO
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Baguslah begitu Bangsa lain memang tunggu Melayu bergaduh sesama sendiri termasuklah yang menulis.
BalasPadamYang pergi sokong Anwar Ibrahim itu bukankah satu perbuatan yang bodoh ? Kamu bukan tak tahu yang Anwar Ibrahim tu boneka DAP.
BalasPadamOrang sekarang cemuh ppbm le. penulis ketinggalan bas
BalasPadamcemuhan untuk PBBM. MR berlaku kurang adil terhadap UMNO.Perkara yg baik pn MR nak cemuh.
BalasPadamSudahlah umno...ko ni memang sial...buat kecoh negara je...sekejap nak tinggal PN...bila rakyat nampak kerakusan ko...ko spin sokong lak...ingat akyat tak tahu apa agenda ko...pi la mabuk
BalasPadamBookcoins2u, ko ni mesti cybertrooper atau pemimpin Bersatu. Ko ni, nampak Sgt takut hilang sokongan. Knp pulak nak jual nama rakyat. Kalau MN Tak terima Bersatu, alamatnya pupus Bersatu.
BalasPadamMelayu sama Melayu bergaduh.DAP senang hati tengok sambil makan kuaci.Tunggu masa kelompok Melayu mana yang menang, DAP senang2 jer kongsi dan ambil kuasa kerana ahli parlimen DAP ramai.
BalasPadamUMNO atau parti melayu patut buang dah orang2 purba dalam parti yang gila jawatan.Dunia kian berubah.Buanglah politik bodoh tahun 80an dan muziumkan orang lama pelahap kuasa