Header Ads

ads header

Flash News

Elak salah guna media sosial atau berdepan penjara, denda RM50,000


KUALA LUMPUR, 15 Okt
— Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan atau bahan berunsur kecaman yang boleh menimbulkan kemarahan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Menurut kenyataan MCMC, sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, demikian menurut kenyataan itu.

MCMC juga meminta orang awam melaporkan kepada polis atau MCMC sekiranya terjumpa akaun atau kandungan sedemikian melalu portal http://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada aduanskmm@mcmc.gov.my. — Bernama

#Sumber :  MM  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan