Header Ads

Header ADS

Jangan biar ultra kiasu kembali berkuasa


SEORANG
 wartawan veteran tua, beberapa ahli politik ultra kiasu, sibuk berpolitik, bercerita sana sini, tegur sana sini. Kritik PAS, kritik Umno. Lebih-lebih lagi ultra kiasu ini cukup seronok dengan keputusan Biro Politik Umno yang mahu menarik diri daripada PN. Ultra kiasu ini cukup suka PN dan MN berpecah, supaya mereka boleh memerintah dan mendapat kerusi Menteri semula. 

Peliknya parti lain tidak pula ditegurnya. Tak diulas pun mengenai pertemuan pemimpin yang disokongnya, dengan YDPA, dan bolak balik yang berlaku dalam kalangan ultra kiasu. Semua orang kenal siapa veteran tua dan ultra kiasuini. Biarlah dia nak cakap apapun. Shhh

Pokoknya, Umno dan PAS jangan goyah dan peduli dengan psywar dia ini. Teruskan kerja-kerja menyatu, jangan jatuh semula. Perebutan kuasa memang biasa berlaku. Pokoknya, bagaimana nak sedarkah semua, supaya berpada-pada dalam merebut kuasa. Jangan sampai kampung tergadai lagi.

Tidak dinafikan wujud masalah antara Umno dengan PPBM. Umno parti besar, PPBM parti kecil. Sama seperti PAS dengan PAN. PAS parti besar, PAN parti kecil. Memang tidak logiklah, parti kecil, mendapat lebih kuasa daripada parti besar. 

Umno sudah mula merasainya. Sudah tentu Umno kecewa bagaimana sebagai sebuah parti besar, diketepikan, berbanding parti kecil. Umno cuba sedarkan PAS yang masih berada dalam PN. 

Cuba PAS bayang posisi Umno. Antara PAS dan PAN. PAN sebuah parti kecil, tiba-tiba bergabung, diberikan kuasa lebih daripada PAS selaku parti besar. Apa rasanya? Inilah masalah politik Melayu yang perlu diselesaikan segera jika tidak mahu ultra kiasu memerintah semula. Penyatuan dua parti politik Melayu Islam amat besar kesannya dalam mencorakkan politik Malaysia.

Buktinya semakin jelas dalam PRN Sabah baru-baru. Dengan keputusan PAS tidak bertanding, kesannya begitu dirasai. Bukan sahaja kepada kawasan majoriti Islam tetapi juga kawasan majoriti bukan-Islam yang dimenangi tipis oleh PBS dan STAR. 

Kuasa ‘King Maker’ memang tidak boleh dinafikan sama sekali antara kedua parti ini. Keputusan PAS tidak bertanding, menurut sesetengah penyelidik, memberikan kesan dan kemenangan kepada PN dan MN (Umno).

Ini menunjukkan, Umno dan PAS memberikan signifikan besar kepada politik Malaysia. Jika politik Sabah boleh berubah, inikan pula Semenanjung. Sudah tentu banyak parti yang iri hati dan ingin cuba memecahkannya. 

Jangan biarkan veteran tua dan ultra kiasu terus mencari peluang, menggunakan segala ruang, untuk menyerang. Shhh… jangan jadi mujahat.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

MR :  Ada yang akan mendapat kebaikan daripada kesusahan orang lain  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sorrylah Ridhuan Tee.
    PAS bukan macam UMNO.

    Kita besar ke kecil ke , di sisi Allah yang lebih warak dan bijak dalam ilmu agama itulah yang patut diangkat jadi pemimpin.

    Itu pendirian PAS. Jikalau ada pemimpin UMNO yang lebih warak daripada Tuan Guru Haji Hadi , kita akan sokong dia jadi PM. Ini takkan jadi masalah.

    Yang penting agama dahulu. Benda lain kemudian. Agama perlu ditegakkan. Kamu suka tak suka itu lain cerita.

    Harap faham ye.

    BalasPadam
  2. Kita orang professional , besar dan hebat macamana pun akan bagi laluan kepada ulama' memimpin negara. Ini sikap kita dalam PAS dan sebagai ahli PAS. Biar kami yang professional selesaikan masalah yang kami pakar dalam bidang kami. Saya pakar bedah. Saya tak mahu pikul beban memerintah. Begitu juga seorang jurutera , lebih baik dia buat kerja jurutera dan beri laluan kpd ulama' memerintah.
    Habuan dunia ni takde nilai. Gaji dan duit , harta ni benda yang Allah laknat dan bagi celaka. Yang penting adalah berjuang di jalan Allah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.