Header Ads

Header ADS

Jemaah menteri akan bincang lebih lanjut titah Agong kata Muhyiddin


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jemaah menteri mengambil maklum mengenai "pendapat" Yang Di-Pertuan Agong yang menyifatkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat.

Muhyiddin juga berterima kasih atas nasihat baginda agar ahli politik berhenti mengganggu gugat kestabilan pentadbiran kerajaan.

"Jemaah menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

"Jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

"Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini Ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak Covid-19," katanya dalam kenyataa media malam ini.

"Saya menjunjung kasih di alas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat," kata Muhyiddin lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus pertemuan tidak rasmi yang dihadiri beberapa menteri di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara malam ini.

Jumaat lalu, Muhyiddin mengusulkan kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Kerajaan menggambarkan langkah itu sebagai perlu untuk memerangi pandemik Covid-19.

Namun, pengkritik mendakwa ia adalah usaha Muhyiddin mempertahankan kedudukannya di tengah spekulasi bahawa sekumpulan anggota parlimen Umno mungkin tidak lagi menyokongnya, yang boleh menyebabkannya kehilangan majoriti di parlimen.

Sekiranya Muhyiddin kehilangan majoriti, dia tidak akan dapat meluluskan Belanjawan 2021, yang juga merupakan pengakhiran buat kerajaan yang diterajuinya.

Selepas berbincang dengan raja-raja Melayu, Sultan Abdullah akhirnya memutuskan untuk tidak perkenan menerima permintaan Muhyiddin.

Sultan Abdullah juga mengingatkan agar pemimpin politik bersama dalam memerangi Covid-19 dan tidak menggugat pentadbiran kerajaan.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Macam nak lawan agong je bunyinya

    BalasPadam
  2. Ye ke.. susah nak percaya keutamaan kau nak lidungi rakyat dari covid ni19... dulu covid mula2 naik kau semangat turunkan.. lepas tu dgn bangangnya kau naikkan dgn membiarkan kes import kuarantin dirumah.. lepas tu kau turunkan.. lepas tu kau naikkan lagi.. nak takutkan ahli politik pegi Sabah.. padahal kalau ikut boleh je kau kawal ketat pergerakan Sabah tu masa kempen tapi taknak buat.. dah menang pun tak reti2 nak adakan menteri kesihatan kat Sabah.. aku rasa plan kau nak istihar darurat ni dah lama rancang.. sbb tu kau biarkan kes sabah naik tanpa pkp.. ko ingat bila buat cam ni YDPA senang nak bagi darurat.. baik berundur je.. kau dah diberi peluang dan berkali2 kau gagal.. kerajaan yg paling memalukan pernah memerintah Malaysia..

    BalasPadam
  3. get lost midin. you're done n wasted. mudah2an ydpa melantik individu yang benar2 layak (BUKAN bang non n jemin video) sebagai interim PM amin

    BalasPadam
  4. kita gocoh sampai 2023 hahahaha,,,,bulan januari 2021 tukar anwar pm jun 2021 tukar pulak kuli januari 2022 mat sabu pulak jun 2022 sapie bedal plak pm,,,yg mampus rakyat bila mana kerajaan bertukar2 kabinet bertukar2 sebab nak puashatikan ahli2 politik yg skrg makan gaji buta merugikam duit negara sepanjang pkp berfungsi sama sekali selain mengangu pentadbiran negara,,,rakyat hanyalah tikus makmal yg menanti masa mati

    BalasPadam
  5. Muhyiddin mesti berani buat undi tidak percaya. Agong dah bertitah kpd MP2 semua jgan berpolitik sehingga menghurakan kestabilan politic skrg. Baginda berpuashati dgn kerajaan skrg menangani covid-19. Jadi puak2 PH faham la Kan maksud Agong. Kalau Tak faham bodoh la namanya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Agong dah bertitah kpd MP2 semua jgan berpolitik sehingga menghurakan kestabilan politic skrg".

      Ideally memang betul dan bagus. Tapi, nak suruh ahli politik jgn berpolitik, sama mcm suruh kucing jgn mengiau, atau anjing jgn menyalak. Kalau YDPA kita ni ganas mcm Julius Cesar pun, diorg takkan dengar.

      Kita sebagai rakyat yg boleh stop politician ni, at least semua keluar ahli semua parti politik. That will give these politicians real kick in the ass.

      Padam
  6. Ini komen aku pula...kenapa DARURAT perlu diusul menghadap YDA , mengapa keputusan DARURAT tidak dibuat sahaja oleh Ahli2 Kabinet tanpa usulkan kpd YDA 😁
    Org politik akan masuk bagi komen pasai politik (just speculation) merujuk GENCATAN POLITIK di umum oleh DS Zahid Hamidi...komen ikut sedap kepala hotak masing2 tanpa fahami konsensus dibuat selepas bermesyuarat capai kata putus. OK bab politik...TITIK
    Pasal DARURAT pula, bukan HAK MUTLAK PM nak buat keputusan ISTIHAR DARURAT dlm mesyuarat KABINET. Ini yg sepatutnya RAKYAT dan ORANG POLITIK patut ambil tahu. Jangan dok sembang pong pang pong pang marah pasai COVID19 merawit isu Ahli Politik kesana kesini...padahal PUNCA GELOMBANG KETIGA COVID19 TULAR tiada siapa pun nak ambil kesah. Hangpa kalau boleh keluaq negara kesana kesini buat urusan ke negara masih diancam wabak PENYAKIT ada ambil peduli semua tu. Bermula PKPB lagi...ramai Rakyat Malaysia alpa tak mau ikut SOP yg diberi oleh KKM hingga PKPP semakin ketara perlaksanaan penjawat awam pula alpa kerja sambil lewa terutama frontline pintu masuk negara. Di Amerika bbrp negara lain sudah ada kes jangkitan covid dlm penjara sebelum ia berlaku dlm negara pula. Ada RAKYAT MALAYSIA AMBIL KISAH ADA RAKYAT MALAYSIA AMBIL PEDULI BAGAIMANA NAK PUTUS RANTAIAN COVID 19 WALHAL SUDAH PELBAGAI ARAHAN DAN NASIHAT DIBERI MKN KKM ADAKAH PENYOKONG2 PARTI POLITIK AMBIL PEDULI....WOI hangpa nak sembang kencang pasai politik sembang dalam group saja lah...nak luah ITU INI macam org gila cakap tak faham butir sepatah haram buat spekulasi entah apa-apa 🤦🏻 mampoih!!

    BalasPadam
  7. buatlah yang terbaik bermuafakatlah diantara komponen kuasa itu satu kurnian dan ujian tapi allah tak akan pandang orang yang gila kuasa dan meminta2 kuasa diberikan kapadanya pada hal dia tidak ada memberi apa2 sumbangan melainkan merebut kuasa. sekaranhg jemaah menteri tumpukan sepenuh usaha untuk memerangi covid dan pilihkan ekonomi, jangan ambil peduli kata2 ahli politik melainkan kata2 itu ada memberi menafaat kepada agama, negara dan rakyat. kata2 yang tidak memberi apa2 manafaat buang saja dalam tong taik atau tong sampah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.