Header Ads

Header ADS

Kem Mahathir fail 5 usul tak percaya terbaru terhadap Muhyiddin


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan penyokongnya memfailkan usul tidak percaya terbaru terhadap Muhyiddin Yassin dalam usaha menjatuhkannya sebagai perdana menteri.

Langkah itu dilakukan ketika keretakan mulai melanda kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Umno mengancam untuk menarik sokongan daripada gabungan itu.

Selain Mahathir, pemimpin lain yang mengemukakan usul serupa adalah Anggota Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah; Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Amiruddin Hamzah mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan usul itu semalam.

"Saya telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan Usul Tidak Percaya terhadap YAB Perdana Menteri bertarikh 15 Oktober 2020 untuk sesi sidang parlimen yang akan datang.

"Usaha ini adalah demi menjunjung prinsip mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14 dan solidariti atas sebuah kerajaan yang tidak kompeten dan stabil. Bagaikan telur di hujung tanduk," katanya dalam satu kenyataan.

Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 2 November.

Mahathir sendiri sebelum ini cuba mengemukakan usul tidak percaya dalam dua sesi di Dewan Rakyat terhadap Muhyiddin.

Bagaimanapun disebabkan amalan parlimen yang mengutamakan usul dan rang undang-undang kerajaan berbanding pembangkang, ia tidak dapat dibentangkan untuk undian.


Persidangan November ini akan menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021, yang juga boleh menentukan sokongan terhadap Muhyiddin.

Amiruddin, yang menyerahkan surat kepada speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, mengemukakan usul tersebut bagi menentukan apakah Muhyiddin masih mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Surat yang sama turut dihantar oleh Mahathir, Mukhriz, Maszlee dan Shahruddin.

Pada masa ini, Muhyiddin memperoleh sokongan 113 anggota parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 anggota parlimen.

Ini bermaksud kerajaan pimpinannya akan tumbang sekiranya ada tiga anggota parlimen melompat parti.

Hamzah, Mukhriz, Maszlee dan Shahruddin merupakan penyokong Mahathir yang keluar daripada Bersatu selepas menentang kerjasama Muhyiddin dengan Umno untuk membentuk kerajaan PN.

Mereka kemudian menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air.

MR :  Nampak sidang parlimen kali ini pasti hangat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. penat tengok keadaan malaysia ni, sekarang dunia sedang kalam kabut masalah covid belum reda dan ekonomi pula jatuh mungkin dua tiga tahun baru pulih, sekarang ahli2 politik kita pula berkelahi nak rebut kuasa, rakyat yang memilih mereka untuk mewkili rakyat mentadbir negara, sekarang rakyat pula menanggung kesusahan angkara mereka, ada sesiapa setuju agong bersama tentera dan polis ambil alih pemerentahan sehingga ekonomi dan covid dapat ditangani, ini satu cadangan , yang agong pilih kerajaan untuk mengatasi masalah negara, ekonomi dan covid pun mereka sama2 tak menyumbang melainkan menambah terukkan keadaa, macam makaysia ini hak mereka ikut nafsu mereka.

    BalasPadam
  2. Lagi ppun ianya akan tersenarai sebagai perkara bukan kerajaan. Kalauu nak tersenarai biarlah menteri yang usul kan. Kan selalu macam tu, tak kan bila dah jadi pembakang dah mengong ke ?

    BalasPadam
  3. NOTA: PEMBETULAN AYAT

    'yang agong pilih kerajaan untuk mengatasi masalah negara, ekonomi dan covid pun mereka ahli2 pembangkang sama2 tak menyumbang melainkan menambah terukkan keadaan, macam malaysia ini hak mereka ikut nafsu mereka'.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.