Khalid Samad Nasihat Muhyiddin, jangan tunduk kepada UMNO
IPOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kehilangan kawalan di dalam kerajaan jika tunduk kepada tuntutan UMNO.
Pengarah
Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata,
walaupun masih menjadi perdana menteri, tidak mustahil lama kelamaan
beliau akan kehilangan kuasa.
Jelasnya, jika tuntutan UMNO dipenuhi, parti itu akan terus membuat tuntutan dari semasa ke semasa .
“Kehendak rakyat semua sudah ditolak ke belakang. Sekarang ini, semua atas dasar rundingan.
“Kalau dia berani, kalau Muhyiddin mengalah dengan tuntutan UMNO, ini permulaan kepada pengakhiran.
“Bulan ini, dia (UMNO) minta ini, enam bulan kemudian, dia akan minta yang lain, dan sebagainya, sebab Muhyiddin sudah hilang kawalan,” katanya di sini, hari ini.
Khalid ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tahunan ke-5 Amanah Negeri Perak di sini.
Pada Jumaat, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO wajar diberi jawatan timbalan perdana menteri di samping beberapa jawatan menteri yang strategik.
Ini kerana, katanya, parti itu mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak.
Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah amat kecewa dan sedih dengan keadaan politik negara sekarang sehingga politik dipandang sesuatu yang kotor, untuk kepentingan diri serta membebankan rakyat.
#Sumber : Astro
MR : Khalid Samad suka sangat bercakap.. baik engkau nasihat kepada Mat Sabu atau Anwar.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
tUAN PENASIHAT Khalid samad nanti dapat 25persen @ KENA JUAL macam filem 3 ABDUL
BalasPadamAdui khalid ni nasihat Tak kena tempat la. Pergi nasihatkan Anwar la, tu yang lebih afdal.
BalasPadamBatuapi
BalasPadam