Header Ads

ads header

Flash News

Masih belum ada ubat boleh rawat Covid-19 – Noor Hisham


PUTRAJAYA –
Satu dunia masih mencari ubat bagi merawat pendemik Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas beliau, ubat-ubatan yang digunakan setakat ini tidak dapat menyembuhkan pesakit Covid-19 secara berkesan.

“Ubat untuk menyembuhkan jangkitan Covid-19 tidak ada lagi setakat ini. Kalau mereka ada, bererti sudah kaya raya. Satu dunia tengah mencari ubat yang berkesan untuk merawat Covid-19.

“Setakat ini tidak ada ubat yang berkesan untuk merawat Covid-19 termasuk Hydrochloroquine, Lopinavir/Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine termasuk Remdesivir, yang kita guna banyak untuk merawat pesakit adalah Dexamethasone,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Untuk rekod, Hydroxychloroquine (HCQ) merupakan ubat yang paling popular dalam usaha pencarian penawar Covid-19 ketika ini kerana pada awalnya ia didakwa boleh merawat virus itu.

Malah pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat giat mempromosikan ubat anti-radang ini dengan mengakui beliau mengambilnya sebagai pencegahan untuk virus terbabit.

Sementara ubat Remdesivir juga turut digunakan sebelum ini, kegunaannya untuk merawat jangkitan virus ebola dan marburg (demam berdarah).

Ritonavir pula merupakan ubat antiretroviral yang digunakan untuk merawat HIV ketika penemuan pertamanya pada 1989.

Fungsi ubat lopinavir pula hanya berfungsi apabila ia digandingkan dengan ritonavir.

Terbaharu penggunaan dexamethasone, ubat jenis steroid yang digunakan untuk mengurangkan radang pelbagai penyakit itu mempunyai kesan sampingan dan komplikasi tertentu.

Sebelum ini Dr Noor Hisham berkata, steroid itu hanya sesuai digunakan untuk pesakit Covid-19 di kategori empat atau lima sahaja.

#Sumber : – MalaysiaGazette 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan