Header Ads

Header ADS

Maszlee Malik didakwa sokong Anwar mengikut sumber MalaysiaNow


|kemaskini|  KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik didakwa memberi akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan portal MalaysiaNow pada Sabtu.

Laporan memetik sumber itu menyebut, tindakan Maszlee itu mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
“Tindakan Maszlee ini akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Dr Mahathir.

"Kali terakhir Maszlee kena leter dengan bekas bosnya, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.

Pada Jumaat, Maszlee merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang turut menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Maszlee yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan merupakan salah seorang individu di belakang usaha menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Dr Mahathir.

Sehingga kini, Astro AWANI masih berusaha menghubungi Maszlee dan pegawainya untuk mendapatkan pengesahan tentang dakwaan sokongan beliau kepada Anwar.

#Sumber :Astro   

MR :  Maslee Malik adalah ahli majlis syura IKRAM, Ikram ni bermain banyak kolom  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Apa2 je la. Ada aku kisah. Puak2 IKRAM bukan boleh pakai pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang jenis tak kisah takkan komen.. ni lain plak spesies..

      Padam
  2. Semasa sebahagian ADUN Bersatu PH Kedah jumpa Mahathir tempoh hari Mahathir telah memberikan nasihat dan menyerahkan kepada ADUN utk membuat keputusan sendiri demi kesejahteraan.. akhirnya selang beberapa hari ADUN Bersatu dalam PH berpaling tadah dan runtuhlah kerajaan PH Kedah.. jadi kalau ini dijadikan kayu ukur saya percaya Mahathir mesti berlapang dada dgn Mazlee kerana pasti Mazlee melakukannya demi kesejahteraaan juga... dan kalau Mahathir tak boleh berlapang dada dgn Mazlee pasti ade yg tak kene kenapa dia boleh plak berlapang dada dgn ADUN Bersatu Kedah tu.. yg pasti Mazlee seolah2 sudah nampak yg tindakan Mahathir terhadap Anwar selama ini hanyalah semata2 kerana dendam peribadi.. bukan atas sbb2 lain..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.