Header Ads

Header ADS

MCA tetap bersama BN, tolak Anwar hingga akhirnya


SHAH ALAM –
MCA berpendirian untuk bersama BN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik MCA yang bermesyuarat dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, MCA berpegang teguh dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang tetap untuk tolak Anwar dan tidak akan bersama ketua pembangkang itu dalam penubuhan kerajaan.

“MCA juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam keadaan negara memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, kestabilan politik merupakan prasyarat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

“Oleh itu, wajar bagi semua parti politik tolak Anwar dan memfokuskan usaha mereka kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan semua pergolakan politik yang mengorbankan rakyat,” katanya.

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Syabas MCA..anda menunjukkan setiakawan yg baik..dan mengutamakan rakyat..

    BalasPadam
  2. Sudah2 lah.bosan tengok.setia kawan konon.semua tak boleh pakai.depan cakap lain,belakang dok sokong dap.sorry to say,dlm hidup mereka,ada ker mereka sokong falsafah pendidikan kebangsaan.tu pun nak dibanggakan.bro..jgn Jadi barua politik kebencian.semoga malaysia dipimpin oleh orang jujur,amanah,berintegriti Dan berkhidmat utk malaysia.bukan utk Kamu sendiri.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.