Header Ads

ads header

Flash News

MN tentukan penyertaan PPBM malam ini


Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) malam ini akan membincangkan penyertaan PPBM dalam gabungan itu secara rasmi.

“Mungkin isu kemasukan PPBM boleh dibincangkan kerana ia ada dalam minit mesyuarat lepas,” kata Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa ketika ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan isu kemasukan PPBM.

Katanya, persetujuan PPBM untuk menyertai MN sebelum ini telah dimaklumkan secara hitam putih.

Annuar, yang juga merupakan menteri Wilayah Persekutuan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perbincangan kemasukan PPBM memerlukan draf memorandum persefahaman (MOU), piagam yang baru dan tidak boleh menggunakan kaedah melibatkan Umno dan PAS sebelum ini.

“Kerjasama Umno dengan PAS dulu lama, sekarang ini kita kena draf baru MOU, piagam dan sebagainya. Jadi kalau PPBM masuk, tentu ia tidak boleh ambil sahaja piagam lama, MOU lama.

“Jadi, macam mana cara kerjasama itu kita bincang; yang penting kerjasama demi mengutamakan penyatuan dan perpaduan politik Melayu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri operasi sanitasi awam di Putrajaya, hari ini.

Katanya, mesyuarat MN malam ini akan turut disertai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Lazimnya, timbalan-timbalan presiden yang akan mempengerusikanya. Saya turut jadi ahli dan urusetianya,” katanya.

Ogos lalu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN kerjasama antara Umno dan PAS.

MN adalah kerjasama politik antara Umno dan PAS yang ditandatangani pada 14 Sept 2019 dan antara lain bertujuan menjunjung serta mempertahankan perlembagaan persekutuan, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

#Sumber :  FMT  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Moga Allah permudahkan urusan pemimpin Islam semua..ameen YA Rab...

    BalasPadam
  2. AMIN...INDAHNYA POLITIK ISLAM...BERKAIT DENGAN TANGGUNGJAWAB AMANAH CARI RAHMAT DAN REDHA ALLAH...ADIL MUAFAKAT TOLAK RASUAH SEPENUHNYA INGAT ADA PAHALA DAN DOSA UNTUK DIBICARA DI MAHKAMAH AGONG ALLAH DI MASYAR NANTI

    BalasPadam
  3. kalau masuk parti bunga dalam mn tak kan selesai lah kemelut politik hari disebabkan ppbm yang gila kuasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah bila PPBM join MN Akan selesai masalah. Yg Gila kuasa ialah Anwar Dan Tun la. Itu sebab politic Malaysia jadi Tak menentu. Yg susah nya rakyat.

      Padam
  4. PERLU BERJIWA BESAR dan KEMAAFAN ...sejarah lampau umno & pas berseteru 60 tahun..hikmah berpegang kepada TALI ALLAH dan SILATURAHIM serta pendamaian maka wujud MUAFAKAT.umno pu boleh berdamai dgn ppbm wipum berlaku kegurisan pru14 lalu...buang yg keruh ambil yg jernih dn seperti menarik rambut dim tepung...berpandu pada SIRAH RASULLULAH dimana SAIDINA UMAR ALKHATAB sebagai musuh utama ISLAM..selepas menerima keislamannya ISLAM TERUS BERKEMBANG dan beliau dijamin syurga...kita berusaha HIDAYAH dan pertolongan dari ALLAH..TEPUK DADA TANYA IMAN

    BalasPadam
  5. Mudin Pm paling lembik. Siap kena black mail dgn Umno. Camni pun ada walaun sokong. Unta fadang fasir pun xde ini mcm bahlol!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai Anwar Dan Tun try very hard to get kerusi PM dari TSMY tapi sampai sekarang masih lagi dipegang oleh beliau. Insya Allah sampai PRU15.

      Padam
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan PAS Dan UMNO malam ini.

    BalasPadam
  7. aku yakin klau MN terima pbbm.pasti akan ada masaalah lagi nanti..al maklum je lah..mereka ini spesis tak ukur baju dibadan sendiri..tapi dibadan si tua sekor ini..& mp mereka.bila mengeluarkan kata kata.seolah" satu malaysia sememang sokong pbbm..sedangkan aku rasa. tong sampah pun x mau jadi ahli mereka..dah terang lagi bersuluh.berapa banyak ahli" pbbm yg gilakan madey.terang" tinggalkan pbbm & muyidin..dah tu sda hati nk meninggi diri.pada amno.bila mengeluarkan kata".memang jelas spesis tin kosong.bunyi je bising.tapi sayang macam lori hantu.x de kualiti..spesis buta hati.bolih lah ikut mereka ini..?

    BalasPadam
  8. Tak payah bincang sana sinilah.Serah pada rakyat.Rakyat lebih bijak.

    BalasPadam