Header Ads

Header ADS

Neelofa berpurdah, mohon peminat doakan perubahannya


KUALA LUMPUR: Selebriti tersohor, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media, pelakon, pengacara dan usahawan berjaya itu memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berads dalam rahmat dan ehsannya,” kata personaliti itu lagi.



Keputusan Neelofa berpurdah itu turut disambut dengan penuh kesyukuran oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

Dalam hantaran di laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkata, dia terlalu bersyukur dengan perubahan personaliti anak yang dikasihi itu.

"Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

"Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku @neelofa," tulis Noor Kartini.

Hantaran itu turut diringi video Noor Kartini memeluk erat Neelofa, 31. Kedua ibu dan anak itu juga kelihatan sebak dan bergenang air mata mereka.

#Sumber :  Astro   

MR :   Alhamdulillah semoga istiqamah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.