Header Ads

Header ADS

Parlimen ditangguh, ‘darurat separa’ di zon merah?


PETALING JAYA:
Pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.

“Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.

Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu. Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Difahamkan, Belanjawan 2021, yang sepatutnya dibentangkan 6 Nov ini, mungkin ditangguhkan jika sidang Parlimen digantung.

Sumber berkata, “darurat separa” mungkin tidak membabitkan tentera dan mungkin sama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dari Mac hingga Mei lalu.

Katanya, pegawai kanan mencadangkan tentera membantu polis mengadakan sekatan jalan, seperti ketika PKP.

“Aktiviti harian akan dibenarkan, tetapi dengan lebih banyak sekatan,” katanya sambil menambah kedai runcit dan perniagaan masih boleh terus beroperasi.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang mungkin membincangkannya dengan anggota Kabinetnya.

Terdahulu, Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet untuk membincangkan Belanjawan 2021. Tidak diketahui jika cadangan “darurat separa” dibincangkan.

Mesyuarat khas itu diadakan di Putrajaya bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari tadi. Selain menteri, difahamkan Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang, Peguam Negara, Idrus Harun dan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador turut hadir.

Menteri yang menghadiri mesyuara itu dipercayai termasuk Ismail Sabri Yaakob (Pertahanan), Hamzah Zainudin (Dalam Negeri), Radzi Md Jidin (Pendidikan), Wee Ka Siong (Pengangkutan), Rina Harun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ronald Kiandee (Pertanian dan Industri Makanan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).

Daerah yang diisytiharkan zon merah Covid-19 ketika ini ialah Kota Setar (Kedah), Larut-Matang-Selama (Perak) serta Timur Laut, Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Seremban (Negeri Sembilan).

Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor, serta Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kudat dan Penampang di Sabah juga dalam senarai zon merah Covid-19.

Kira-kira 700 hingga 800 kes Covid-19 dilaporkan setiap hari.

#Sumber : FMT 

MR :  Selamat sekejap.. poltik tenang sekejap 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau dah tertubuh pun cara tebuk atap mempertahankan pun nak kene guna cara tebuk atap jugak ke? Ntah ape2 ntah PN ni.. kerajaan yg tak bermaruah.. kalau setakat kes covid19 kat selangor dan kl tu ko boleh buat pkp atau pkpd je.. tak payah separa darurat bagai.. mentang2 lah YDPA tu duduk sebelah ko ko nak gunakan plak YDPA sebagai perisai kerajaan ko.. sbb tu dari dulu aku sangsi dgn PN bila tiada tindakan benar2 tegas dan drastik utk mengawal kes covid19 dari mencanak naik di semenanjung terutama KL dan Selangor dan Sabah.. ia seolah2 dibiarkan mencanak naik supaya PN dapat menggunakan alasan ini utk menangguhkan pembentangan belanjawan yg jelas pasti tidak mempunyai cukup sokongan dan secara otomatik akan meruntuhkan kerajaan PN.. menipu berhelah macam ni memang kepakaran Hamzah,Jemin,Annuar.. dah jelas bahawa PN bukanlah kerajaan yg ada sokongan majoriti MP dan rakyat.. berundurlah secara bermaruah.. sgt2 memalukan bangsa melayu dan agama Islam.. sokongan tak cukup tapi kemaruk bebenau nak jadi kerajaan.. lepas tu boleh plak tuduh Anwar kemaruk nak jadi kerajaan dan PM.. lagi teruk perangai ko rasanya..

    BalasPadam
  2. Penyamun hak rakyat tidak dikatakan pendek akal.. Lembu betul akal minda rakyat.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.