PAS arah tangguh semua program parti
PAS mengarahkan supaya semua program parti yang melibatkan orang ramai ditangguhkan berikutan penularan semula wabak Covid-19.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata peningkatan mendadak kes beberapa hari kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan semua pihak dan penangguhan semua program perlu dilaksanakan sehinggalah mendapat maklumat perkembangan semasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kedua, program yang masih perlu diadakan pula perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan KKM," katanya ketika ditemui pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS merancang untuk menganjurkan majlis sambutan ulang tahun Piagam Muafakat Nasional (MN) bersama Umno bagi mengeratkan kerjasama dan memperkukuh semangat MN serta kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun katanya, tarikh sambutan tersebut masih belum ditetapkan dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama pihak berkaitan.
"Kami nak teruskan semangat MN dan PN. Insya-Allah kami minta atur supaya diadakan ulang tahun piagam ini. Kami akan bertemu dengan rakan Umno untuk bincangkan hal ini," katanya.
#Sumber : - Bernama
MR : Tindakan yang baik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan