Header Ads

Header ADS

Pecat semua MP Umno yang sokong Datuk Seri Anwar cadang Tun Abdul Hamid Mohamad



“Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah, MT dan ahli-ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan:

1. Jika hendak menyokong sesuatu gabungan, ia mestilah dibuat secara en bloc, bukan secara individu;
2. Sesiapa yang memberi sokongan secara individu akan dipecat dari parti;
3. Sokongan tidak akan diberi jika dalam gabungan itu ada DS Anwar atau DAP.

Saya percaya apa yang dikatakan oleh DS Ismail itu.

Adalah jelas, jika kumpulan 19 itu terlibat, mereka telah melanggar keputusan-keputusan itu. MT patut keluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka. Jika mereka tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, mereka patut dipecat. UMNO perlu membersihkan diri daripada ahli-ahli, walau Presiden dan bekas Presiden, yang tidak setia kepada parti.”

Selesai sahaja saya menulis rencana ini ( sila klik ) pada petang 29 09 2020, saya terbaca pula berita bertajuk “Zahid diberikan 7 hari untuk keluarkan Umno dari kerajaan PN”:

“Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberikan tujuh hari oleh kumpulan Datuk Seri Najib Razak agar memulakan tindakan terhadap Bersatu selepas beberapa kali Umno diperlekehkan oleh parti itu.

Jika beliau gagal membebaskan Umno dari Perikatan Nasional, kempen untuk mengenepikan beliau dari Presiden Umno akan digerakkan di kalangan ahli Umno.

Sehubungan itu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini orang kanan Najib, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pihaknya memberikan Zahid tujuh hari untuk melaksanakan perkara ini.“Tujuh hari dari sekarang, MP-MP Barisan Nasional kena ambil keputusan. Jangan tunggu lama-lama.

“Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim. Tuanku tak mahu menerima Anwar kerana baginda berada di IJN. Kita tak boleh buat apa, Tuanku tak sihat, kita kena tunggu Tuanku….””.(Malaysia Dateline).

Ayat yang dengan jelasnya menjawab salah satu persoalan yang saya bincang ialah ayat pertama di perenggan terakhir petikan saya, “Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim.” Maka jelaslah terdapat komplot antara DS Anwar dan DS Najib, DS Zahid dan lain-lain dalam senarai 19 itu.
Apa akan jadi sekarang? Kita tidak tahu sama ada DS Zahid akan tunduk kepada kata dua itu. Jika beliau tunduk, melainkan semua ahli-ahli UMNO mengikut mereka, UMNO akan berpecah, paling kurang kepada dua kumpulan iaitu, pertama, kumpulan DS Najib- DS Zahid yang mahu UMNO keluar daripada kerajaan PN dan dan menyokong DS Anwar sebagai Perdana Menteri dan, kedua, kumpulan yang tidak mahu keluar. Mungkin juga akan timbul kumpulan ketiga, iaitu kumpulan yang mahu UMNO keluar daripada kerajaan PN tetapi mereka tidak mahu bekerjasama dengan DS Anwar dan DAP dan mereka mahukan PRU15 diadakan segera.

Tetapi, setelah gagal berkomplot dengan DS Anwar, mungkin kumpulan DS Najib-DS Zahid juga tidak mahu bekerjasama dengan DS Anwar lagi. Dalam keadaan itu, ada kemungkinan UMNO tidak akan berpecah. Tetapi itu tertakluk kepada sama ada kumpulan ketiga itu boleh menerima kumpulan DS Najib-DS Zahid yang terang-terang telah melanggar keputusan-keputusan MT itu dan sama ada mereka mahu UMNO memasuki PRU15 dengan pemimpin-pemimpin yang menyebabkan kekalahan dalam PRU14 dan telah didapati bersalah atau sedang menjalani perbicaraan.

Jika kumpulan ketiga itu tidak sanggup menerima kumpulan kedua, maka perebutan jawatan dalam UMNO tidak dapat dielakkan. Jika ahli-ahli UMNO masih tidak mahu UMNO berubah, maka tibalah masanya bagi orang Melayu meninggalkan UMNO dan mencari parti lain.

Saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak terlibat dalam komplot bersama DS Anwar dan ahli-ahli UMNO amnya, akan mengambil kesempatan ini untuk membersihkan UMNO dan masuk ke PRU15 dengan wajah baru.

Bagaimana jika DS Zahid tidak tunduk kepada tuntutan (demand) itu? Sudah pasti kempen menjatuhkan DS Zahid akan berlaku yang akan diikuti dengan perebutan jawatan dalam UMNO. Jika itu berlaku, saya harap kumpulan ketiga akan merebut peluang untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin-pemimpin yang menjadi liabiliti kepada UMNO itu. Mereka akan diingati jika mereka kalah sekalipun. Wallahu a’lam.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. angkuh tak habis lagi?Kemaruk kuasa kerana nafsu besar. Tak perlu salahkan DAP. Melayu sesama Melayu bergasak.Cina diam menunggu hasil kebodohan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya puak2 yg tidak ikhlas berjuang utk memartabatkan ugama dan bangsa.... jawatan dan kuasa itu yg dicari.... maka tunggulah kehancurannya....

      Padam
    2. Cina dap bukannya duduk diam. Dia cucuk dari belakang, guna melayu penyokong dapigs utk di cucuk bontot mrk supaya mengacau melayu lain

      Padam
  2. Aku setuju cadangan Tan Sri Abdul Hamid. Once for all let's get UMNO clean from all the corrupt leaders.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.