Header Ads

Header ADS

Peluang Anwar jadi PM amat tipis


BANGI, 24 Safar 1442H, Isnin –
Peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 amat tipis, kata pemerhati politik, Ir Lukman Al Hakim.

Meskipun Presiden PKR itu kononnya terbukti memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen, kemungkinan besar Parlimen tidak dibubarkan untuk membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

“Dalam keadaan kritikal gelombang COVID-19 yang semakin menggila, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mungkin tidak berbuat demikian.


“Tambahan pula sistem dan infrastruktur negara masih belum bersedia untuk e-voting (undi dalam talian),” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Bagaimanapun, katanya, masih tidak mustahil untuk Agong melantik Anwar sebagai Perdana Menteri baharu tanpa Pilihan Raya Umum (PRU) sebagaimana yang berlaku ketika pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, Februari lalu.

Pun begitu, beliau berkata, umum mengetahui bahawa untuk mendapatkan bilangan majoriti, Anwar perlu disokong oleh 42 Ahli Parlimen DAP bersama ‘khadam’ DAP iaitu PAN, Ahli Parlimen PKR yang setia dengan beliau serta Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Datuk Seri Zahid Hamidi – yang kini berhadapan pelbagai kes salah laku di mahkamah.

“Agong sudah tentu begitu arif apa akan berlaku kepada kedaulatan negara jika Anwar yang begitu mesra dengan Amerika Syarikat, DAP yang rasis dan antiperlembagaan dan para perasuah UMNO kembali berada di tampuk kuasa.

“Atas faktor-faktor inilah saya kuat merasakan bahawa Agong akan menggunakan kebijaksanaan dan peruntukan Perlembagaan negara untuk terus memastikan keharmonian, keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara. Ini hanya dapat dilakukan jika Anwar tidak menjadi PM-9,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perkara terakhir yang boleh diputuskan Agong jika kemelut ini berterusan ialah mengisytiharkan darurat.

“Kemungkinan ini juga tipis pada pandangan saya mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 dan kelestarian ekonomi negara sedia ada,” katanya.

Sebaliknya, jika Anwar tidak memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen, tetapi sekadar menggunakan muslihat untuk menghadap Agong bagi melobi sokongan Ahli Parlimen lain, baginda boleh menggunakan hikmah dan meminta Presiden PKR itu mengusulkan undi tidak percaya kepada perdana menteri.

“Dengan cara ini, misi Anwar akan mengambil masa lebih panjang iaitu sehingga persidangan Parlimen akan datang.

“Diharapkan ketika itu pandemik COVID-19 sudah semakin baik untuk diadakan PRU jika benar Anwar berjaya melobi Ahli-ahli Parlimen yang berkepentingan untuk menyokong beliau. Itupun jika dia berjaya,” katanya.

Mengambil kira senario-senario tersebut, Lukman berpandangan bahawa merasakan peluang Anwar menjadi PM-9 amat tipis.

“Tambahan pula beliau tampak sudah semakin dimamah usia, tidak begitu sihat, tiada agenda mempertahankan kedaulatan Melayu, Islam dan Raja serta amat lemah dalam menjayakan projek pembangunan negara

“Kedaulatan negara, keselamatan dan kesihatan rakyat berkaitan pandemik COVID-19 dan pembangunan ekonomi negara adalah keutamaan yang perlu diberikan fokus oleh kerajaan dengan sinergi dari pemimpin parti pembangkang sekarang.

“Jangan disebabkan menang sorak, kampung tergadai,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam satu kenyataan media, Anwar mendakwa Agong telah memberi perkenan untuk menghadap esok (13 Oktober 2020).

Anwar berkata, pada majlis menghadap tersebut, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.

#Sumber :  ISMAWEB  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Haha.. bila ko cakap Amanah 'khadam' DAP dah menunjukkan statement ko ni tak lain tak bukan hanya utk meraih sokongan politik dan menaikkan semata2.. jauh sgt dari kejujuran , keikhlasan dan kebenaran.. kalau kau lupa aku boleh ingatkan.. UMNO dulu bawah Najib siap nak membantu Amerima mengembalikan zaman kegemilangannya.. siapa yg rapat dgn Amerika sebenarnya?.. ko punya Ir dah boleh buang kat longkang dan aku rasa kau kene ambik balik UPSR.. kan lebih baik kau mengadap Agong dan sarankan kat Agong yg Malaysia ni Melayu punye.. Melayu yg kau suka dan kau taasub.. kalau Agong okay nanti dia akan umumkan yg PM dan kerajaan akan dilantik oleh Lukman Al Hakim.. senang hidup ko nanti.. pilihanraya pun dah tak payah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa kau nak marah dengan pendapat Ir ...ya kau tu bukannya ada negara pun ..hanya sebagai pendatang masa zaman kolonial..dah kenyang kau akan dedak PAKATAN HANCING selama ini...tiba2 kebuluran...yalh..PAKATAN HANCING runtuh dipersada politik MALAYSIA..dedak dah X ada nak nampung hidup kau lagi...tu sebab kau MEROYAN bila MENTOR SEMBURIT kau dianalisa oleh Ir..

      Padam
  2. Anuar memang tiada gah, tiada aura, tiada keperluan jadi PM...anuar bukan pemimpin umat melayu, umat Islam...maka itu dijauhkan jadi pemimpin umat negara malaysia hari ini...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.