Pemuda PKR (AMK) desak Mahathir sokong Anwar untuk tepati janji
Janji Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan kerusi perdana menteri kepada Anwar Ibrahim - sepertimana yang dipersetujui menjelang PRU14 - gagal selepas tumbangnya kerajaan PH.
Bagaimanapun bagi Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman, janji itu masih boleh dicapai menerusi sokongan bekas perdana menteri itu kepada Anwar dalam usahanya menubuhkan kerajaan baru.
"Walaupun PH sudah tidak lagi memerintah, namun janji yang dimeterai masih boleh dicapai jika Mahathir menzahirkan sokongan terhadap Anwar.
"Sokongan tersebut memadai sebagai isyarat bahawa Mahathir seorang yang menepati janjinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar merupakan antara isu utama sepanjang 22 bulan pentadbiran PH.
Dalam usaha pertama mengambil alih pentadbiran persekutuan sejak kejatuhan itu, kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat berhubung soal calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Semalam, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan agar Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri sehingga PRU15, di tengah-tengah usaha Anwar menubuhkan kerajaan persekutuan yang dikatakan dengan sokongan sejumlah anggota Parlimen umno.
Syed Badli berkata lagi, jika Mahathir menunjukkan sikap sebaliknya, dia akan dilihat sebagai seorang yang mungkir janji dan tidak boleh dipercayai.
"Sebagai legenda politik tanah air, tentu namanya akan tercemar jika Mahathir dilihat sebagai seorang pemimpin yang gagal menepati janji," katanya lagi.
Termasuk Mahathir, Pejuang mempunyai lima kerusi Parlimen. Mereka baru-baru ini memfailkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pejuang kini tidak menyertai mana-mana sekutu tetapi ada spekulasi yang belum disahkan bahawa Mahathir mungkin akan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
MR : Kan sebelum kata ada 120 MP tanpa Mahathir dan parti Pejuang.. kenapa dah desak pula?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
anwar munafik pun tidak dedahkan senarai mp majoriti yg sokong hanya golongan mp P arti K hianat R erormasi yg menentang kezaliman Mahathir dijalanan akhirnya sujud dan membuntuti mahathir sebagai pm...janji bertulis atau janji lisan dimungkiri sebagai MUNAFIKUNN...NERAKA PALING BAWAH DAN AZAB PALING PEDIH
BalasPadamLaa, apasal desak pulak ? Bukankah sudah ada majoriti "selesa"...
BalasPadamIni cakap auta aje.
BOLEH PERCAYA ke dengan TUN MAHATHIR lagi..???????...setakat kail politik sejengkal..jangan di duga lautan dalam politik...POLITIK TUN MAHATHIR adalah umpama papan CATUR yang dimainkan sebelum TUN MAHATHIR hendak tidur...sejarah politiknya sama dengan pergerakkan muslihat buah CATUR...DSAI sudah 5 kali CHEKMATE..tanpa dia sedar...terus terang aku cakapkan..CHEKMATE yang ke 6...DSAI politiknya akan TERKUBUR dipersada politik MALAYSIA buat selama2nya...bukti CHEKMATE pertama MAHATHIR...DSAI diperlawa masuk dalam kabinetnya..inilah yang dibangga2kan puak DSAI..bangga dalam SENDU..
BalasPadamCHEKMATE kedua ..DSAI naik jadi TPM..atas kesilapan DSAI..ada fakta perkara tu berlaku...tanpa DSAI dan macainya sedar ...CHEKMATE ketiga...diatas kesilapan DSAI sendiri...TPM dilucutkan jawatannya disebabkan moral...CHEKMATE keempat ...DSAI menerima pengampunan AGUNG tanpa mempertahankan JATI DIRI perjuangan REFORMASI...CHEKMATE kelima...dijanjikan jawatan PM yang awal2 lagi MAHATHIR xkan beri disebabkan kealpaan DSAI tentang wujudnya buku nukilan MAHATHIR menceritakan perihal moral pemimpin..dari situ CHEKMATE 6 sudah menanti mangsanya...😁
Padam