Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda Umno cadang PM panggil semua presiden parti


Pemuda Umno mencadangkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memanggil semua presiden parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang bagi memastikan Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat.

Ini merupakan salah satu daripada lima cadangan yang dikemukakan ketua pemudanya, Asyraf Wajdi kepada Muhyiddin.

Menurut Asyraf, Pemuda Umno berharap semua ahli politik memahami maksud tersirat di sebalik titah Yang di-Pertuan Agong semalam agar dihentikan segera segala 'politiking' yang boleh membinasakan negara dan menyusahkan rakyat.

Selain memanggil semua presiden parti, Pemuda Umno juga mencadangkan diadakan rundingan bi-partisan melibatkan kerajaan dan pembangkang.

"Libatkan wakil-wakil semua parti tidak kira kerajaan dan pembangkang untuk berada dalam jawatankuasa khas bagi membantu menangani isu-isu berkaitan Pandemik Covid-19 dan dampak negatif yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

"Rundingan bi-partisan (Kerajaan dan Pembangkang) boleh diadakan secara berkala untuk memfokuskan segala agenda untuk membantu rakyat yang dalam keresahan kesan kegawatan ekonomi yang makin meruncing," katanya.

Asyraf juga menggesa percaturan politik dan peberebutan kuasa bagi jawatan perdana penteri dihentikan buat sementara waktu sehingga selesai wabak Covid-19.

Selain itu, katanya, Pemuda Umno juga mencadangkan parlimen Batu Sapi dikekalkan status-quo sebagai kerusi parti Warisan tanpa perlu ditandingi oleh mana-mana parti politik.

Kerajaan baru-baru ini bercadang untuk mengisytiharkan darurat, yang dikatakan bagi memerangi wabak Covid-19.

Bagaimanapun pengkritik mendakwa langkah itu dilakukan bagi menyelamatkan kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri menjelang pembentangan Belanjawan 2021 di parlimen. 

Semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Baginda juga mengingatkan ahli-ahli politik supaya menghentikan segera politiking yang boleh menggangu kestabilan negara, selain menegaskan bahawa Belanjawan 2021 amat penting bagi kesejahteraan rakyat

MR :  Boleh terima 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan