Header Ads

ads header

Flash News

Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok


KUALA LUMPUR:
Polis akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk dirakam keterangan di Bukit Aman, esok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Presiden PKR itu diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan susulan penyebaran senarai nama Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk mengambil alih pentadbiran negara.

"Demikian saya difahamkan (Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok)," katanya ringkas kepada BH, sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah memaklumkan kepada Anwar untuk tampil ke Bukit Aman, esok.

Difahamkan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan merekod percakapan Ahli Parlimen Port Dickson itu jam 3 petang.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, melalui kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.

Enam laporan polis mengenainya diterima termasuk satu daripada Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris pada 8 Oktober lalu, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998..

Terdahulu, Anwar sepatutnya dipanggil memberi keterangan jam 11 pagi Isnin lalu, namun setiausaha sulitnya memaklumkan beliau hanya dapat hadir pada Selasa jam 9 pagi. Bagaimanapun temujanji itu ditangguhkan polis.

#Sumber :  BH  

MR :   Baru nak beraksi dah kena panggil.. Nanti jadi PM tahu engkau Bukit Aman! 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan