Polis Paraguay temui 7 mayat reput dalam kontena baja dari Serbia
ASUNCION: Paraguay dikejutkan dengan penemuan 7 mayat dalam kontena baja yang dipercayai berasal dari Serbia, lapor AFP.
Menurut pendakwa raya Marcelo Saldivar, mayat yang ditemui pekerja sebuah syarikat pertanian di ibu kota Asuncion itu kemungkinannya adalah pendatang asing.
Pihak berkuasa perkapalan tempatan berkata, kontena itu bertolak dari Serbia pada Julai, yang dipercayai merupakan destinasi pendatang asing, sebelum pergi ke Mesir, Sepanyol dan Argentina dalam pelayaran ke negara itu.
“Jejak makanan yang ditemui berhampiran mayat menunjukkan kumpulan
itu “bersedia untuk perjalanan singkat,” kata Saldivar kepada pemberita.
Dalam pada itu, doktor forensik Pablo Lemir, berkata kematian
berpunca adalah lemas, selain menambah 3 daripada 7 mangsa berasal dari
Maghribi dan seorang dari Mesir.
Katanya, mayat terbabit disyaki orang dewasa dan lelaki, sselain menambah bahawa baja dalam kontena terbabit mempercepatkan proses pereputan.
Barang-barang peribadi ditemui pada mayat termasuk kad telefon dalam tulisan Cyrillic yang digunakan di Serbia.
Saldivar berkata pihak berkuasa Paraguay akan menghubungi pihak berkuasa di Serbia bagi pengesanan mayat.
#Sumber : FMTsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan