Header Ads

ads header

Flash News

Polis siasat kes guna nama Agong sebar berita palsu


KUALA LUMPUR:
Polis kini menyiasat kes penggunaan nama dan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Istana Negara oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada media.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan itu dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai Istana Negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, Istana Negara memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama atau membabitkan Agong dan Istana Negara, untuk menyebar berita palsu sama ada bagi kepentingan politik atau peribadi.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Agong dan Istana Negara, tetapi juga boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman dalam negara dari pelbagai sudut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata pihaknya sudah merekodkan keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya bahawa pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu adalah sandiwara.

“Keterangan beliau (Mohamaddin) telah direkodkan pada 1 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah oleh sepasukan anggota bawah Jabatan Siasatan Jenayah Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan itu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, tular di media sosial 1 video berdurasi 1 minit 9 saat berkaitan ucapan Mohamaddin yang menganggap peristiwa Lahad Datu yang mengorbankan 10 anggota keselamatan, sebagai sandiwara, semasa berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lepas.

MR :  Adakah yang dimaksudkan itu Anwar Ibrahim?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan