Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat anggap UMNO ugut kepada kerajaan PN


SHAH ALAM
- Pertimbangan UMNO untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu bentuk ugutan kepada kerajaan.

Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, rakyat melihat perkara itu sebagai satu bentuk ugutan untuk mendesak agar permintaan mereka dipenuhi.

MD SHUKRI SHUIB

MD SHUKRI SHUIB

Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai permainan politik yang tidak matang oleh parti tersebut dalam keadaan negara kecoh dengan drama peralihan kuasa.

“Malah, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan langkah untuk menjadi Perdana Menteri baharu, peluang dan ruang itu digunakan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk melakukan proses tawar-menawar supaya kerajaan kekal.

“Permainan tawar-menawar itu sepatutnya sudah dihentikan, apatah lagi sebenarnya keterlibatan UMNO dalam kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi kelebihan kepada mereka sekiranya parti itu pandai mengolah pentadbiran dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, UMNO akan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong PN.Sebaliknya, parti itu akan memberi syarat baharu kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Md Sukri berkata, ramai pemimpin UMNO memperoleh jawatan strategik dalam kerajaan PN termasuk jawatan Menteri Pengajian Tinggi serta Menteri Belia dan Sukan yang membuka peluang kepada parti itu untuk membina pengaruh di peringkat rakyat akar umbi.

“Contohnya, jawatan yang masing-masing diterajui Datuk Dr Noraini Ahmad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membolehkan mereka mendampingi anak-anak muda dan golongan intelek.

“Golongan itulah sebenarnya golongan akar umbi yang boleh membina kekuatan dan sokongan kepada parti,” katanya.Justeru, katanya, timbul persoalan apakah lagi yang mahu dikejar UMNO sedangkan parti itu tidak sewajarnya bersifat sebegitu kerana mereka bukan lagi parti dominan.

“Oleh itu, keputusan UMNO untuk membuat pertimbangan semula dan meletakkan syarat bertulis sepatutnya perlu dinilai semula,” katanya.

 AHMAD MARTHADA

AHMAD MARTHADA

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik daripada UUM, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, percaturan politik sedemikian dilakukan UMNO kerana dipercayai mahukan peranan yang lebih besar dalam kerajaan termasuk jawatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, walaupun jawatan itu bukan satu desakan yang dibuat pemimpin tertinggi parti itu tetapi ia adalah antara beberapa perkara pokok yang cuba diketengahkan kepimpinan UMNO.“Jadi saya melihat antara beberapa perkara pokok yang menjadi sebab UMNO ingin pertimbangkan semula kedudukan mereka dalam PN adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan peranan yang diberikan PN terutama oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengetuai kerajaan ketika ini.

“Rentetan peristiwa termasuk yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah juga menyebabkan mereka mengkaji semula kedudukan dalam PN,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan UMNO untuk menarik diri daripada PN merupakan keputusan yang dijangka.“Ini kerana dalam beberapa peristiwa lepas, UMNO dan pemimpin tertinggi UMNO telah menyatakan secara terbuka berkaitan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan yang diambil oleh kerajaan PN di bawah kepimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.

“Antara yang paling ketara ialah kepimpinan UMNO Pusat tidak berpuas hati apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak diberikan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas PN dan sekutunya memenangi PRN Sabah ke-16,” katanya.

Bahkan, katanya, sebelum itu rakyat melihat banyak desakan daripada pemimpin tertinggi UMNO dan pemimpin lain dalam parti itu yang menyuarakan rasa tidak setuju secara terbuka terhadap tindakan yang dibuat kepimpinan PN diterajui Bersatu.

“Ramai dalam kalangan pemimpin UMNO merasakan parti itu tidak diberikan banyak tempat bukan sahaja dalam Kabinet, bahkan kedudukan penting lain termasuk dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Jadi ramai daripada mereka yang berkehendakkan supaya UMNO menilai semula kerjasama dalam PN dan menumpukan perhatian kepada Muafakat Nasional kerana ia adalah gabungan yang lebih lama terjalin antara Pas dan UMNO,” katanya.

#Sumber :  SH  

MR :   UMNO belum lagi baik drp sakit dah nak tunjuk hebat, rakyat tak boleg terima 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Habis tu nak bg Muhyidin kuburkan UMNO dulu baru nak tunjuk hebat...Kenapa asal UMNO bersuara sahaja..sebab kemaruk jawatan dalam GLC..asalah bersuara sahaja..salah...asal bersuara sahaja tak berpijak di bumi yang nyata...Tgk rekod PRK...UMNO tak seburuk yg disangka tetapi sering diburuk-burukkan...sebab apa..tanpa cerita tentang UMNO..tiada siapa yg suka membacanya

    BalasPadam
  2. Setuju dgn Meow.....
    PPBM dah lah belot dgn partinya sendiri terdiri dari geng2 "katak!"lepas tu berlagak sombong, perangai tikam belakang, kemudian kata Umno nak ugut kpd kerajaan PN.....harap sangat MN diperkasakan utk ambil alih PN naik atas tindakan "langkah Seraton" hipokritnya.

    BalasPadam
  3. bodoh punya artikal...katak2 bersatu memang nak tikam umno LA!!...

    BalasPadam
  4. Kenapa nak jual nama rakyat pulak. Bukan ke yg takut hilang jawatan tu dari kalangan pemimpin yg benci dgn umno. Tak de pulak kata, rakyat dah muak dan benci dgn permainan politik Bersatu.

    BalasPadam
  5. Aku sokong bro.. baru 1-2 kerat yg sokong dia dia dah cakap rakyat.. haha.. jual nama rakyat ni senang.. tak kene saman.. Bersatu ni mula2 nampak genuine tapi bila geng2 Jemin ni masuk abis rosak Bersatu.. Bersatu nak bahagian dia.. Jemin nak bahagian dia.. Jemin ni dalam PKR pun sama dulu.. dia nak bahagian dia.. kat belakang dia ade Mahathir bro.. ade Hishamudin.. tu yg dia rasa sihat dan kuat macam milo.. haha.. memang niat Bersatu ni nak pecahkan UMNO..

    BalasPadam