Header Ads

Header ADS

Remaja 18 tahun disyaki pancung kepala guru tunjuk kartun nabi


PARIS:
Seorang lelaki berusia 18 tahun yang lahir di Moscow dan berasal dari Chechnya di selatan Rusia, disyaki memenggal kepala seorang guru Perancis menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajarnya, kata sumber kehakiman pada Sabtu.

Lima lagi suspek ditahan di luar Paris pada Jumaat berhubung pembunuhan itu, termasuk ibu bapa seorang pelajar di sekolah guru itu bekerja.

Sumber yang tidak mahu dinamakan berkata, ini menjadikan keseluruhan 9 suspek ditahan setakat ini.

Menurut sumber, kedua-dua ibu bapa yang ditahan itu memberi isyarat tidak bersetuju dengan keputusan guru terbabit menunjukkan kartun berkenaan.

Suspek lain yang ditahan untuk soal siasat ialah ahli dalam lingkaran sosial suspek, tetapi bukannya ahli keluarga.

Penyerang itu ditembak polis dan maut akibat kecederaan dialaminya. Dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Perancis berdepan pergolakan anti-Islam dan kebangkitan menetang penghinaan Islam pada 2015 ke atas majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi di Paris.

Pendakwa raya anti-keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai “pembunuhan dikaitkan dengan organisasi pengganas”.

Serangan itu berlaku di pinggir Paris kira-kira 5 petang berhampiran sekolah menengah di mana guru itu bekerja di Conflans Saint-Honorine, kawasan pinggir bandar di barat laut, kira-kira 30km dari pusat bandar.

Pembunuhan itu mempunyai ciri “serangan pengganas", kata Presiden Emmanuel Macron ketika melawat tempat kejadian.

Polis berkata, mangsa ialah guru sejarah yang baru-baru ini menunjukkan kartun Nabi Muhammad sebagai sebahagian daripada perbincangan dalam kelas mengenai kebebasan bersuara.

MR :  Penyelesaian secara ilmiah dan baik dalam menanggani kononnya kebebasan bersuara yang menghina agama lain perlu diperkenalkan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Takdan nak bawa budak ni mai malaysia

    Kalau tidak, ramai laaa

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.