Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok, bantah perintah darurat
BANGKOK, 18 Okt — Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di Bangkok semalam bagi membantah pengisytiharan perintah darurat.
Meskipun kebanyakan
perkhidmatan Transit Aliran Metropolitan (MRT) dan Skitren Sistem
Transit Massa Bangkok (Skitren BTS) telah dihentikan seketika beberapa
jam sebelum itu, beribu-ribu orang tetap hadir untuk menyertai tunjuk
perasaan semalam.
Para penunjuk perasaan juga sanggup meredah hujan dan
berhimpun di persimpangan Lat Phrao, persimpangan Bangna serta Wongwian
Yai, Stesen Asoke BTS dan Sam Yan Mitrtown.
Tunjuk perasaan itu bersurai beberapa jam kemudian.
Susulan kekerasan yang berlaku pada petang Jumaat di persimpangan Pathumwan yang menyaksikan polis didakwa melepaskan cecair pemedih mata ke arah penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka, penganjur hanya mengesahkan perhimpunan itu pada kira-kira 3.10 petang (waktu tempatan).
Para penunjuk perasaan mengulangi tuntutan mereka termasuk peletakan jawatan perdana menteri, pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi institusi monarki.
Perdana Menteri Prayut
Chan-o-cha pada Khamis mengisytiharkan bahawa terdapat ‘situasi darurat
serius di Bangkok’ untuk mengharamkan perhimpunan lima orang atau lebih,
yang dilaksanakan pada 4 pagi (waktu tempatan) dalam usaha mengakhiri
tunjuk perasaan jalanan selama tiga bulan yang dipimpin pelajar.
Sehingga kini, polis
telah menahan kira-kira 50 penunjuk perasaan termasuk beberapa pemimpin
dan aktivis sejak Selasa, iaitu sehari sebelum perhimpunan besar-besaran
berlangsung pada Rabu bagi memperingati ulang tahun ke-47 kebangkitan
pelajar pada tahun 1973 yang menyaksikan 77 orang terbunuh.
Sementara itu, Timbalan Komander Polis Metropolitan Bangkok Jeneral Piya Tawichai menyangkal dakwaan bahawa polis menggunakan peluru getah untuk menyuraikan orang ramai pada Jumaat malam.
“Tiada gas pemedih mata
dilepaskan. Meriam air yang dicampur dengan bahan kimia telah digunakan
untuk menyuraikan orang ramai. Ia tidak akan mendatangkan sebarang
risiko kepada kesihatan,” katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan