"Ring Lady" dari kaum Bidayuh meninggal dunia
KUCHING: Ranyu Daiee, salah seorang daripada empat wanita dari kaum Bidayuh yang gigih mempertahankan warisan kaumnya dengan meneruskan tradisi memakai gelang pada bahagian lengan dan betis, meninggal dunia di kediamannya di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS), kira-kira 45km dari sini, pagi ini, pada usia 83 tahun.
Berasal dari Kampung
Semban, warga emas yang dikenali dengan nama jolokan "Ring Lady" itu
meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi, menurut anak lelakinya Palom
Ngarong, 41.
"Ibu mengadu sakit pada bahagian kerongkong serta bahagian badan sejak dua minggu lepas, dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada hari Isnin," katanya semasa ditemui di rumahnya.
Mendiang
meninggalkan enam anak, 22 cucu, serta sembilan cicit, dan akan
dikebumikan di tanah perkuburan Gereja Anglican BRS pada Ahad.
Agak sukar mesyarakat Bidayuh kini nak pakai gelang terutama di kaki |
Antara
yang tampil memberikan penghormatan terakhir hari ini adalah Timbalan
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, yang juga Ahli Parlimen
Puncak Borneo, Willie Mongin.
Ranyu
bersama tiga lagi "Ring Lady" yang dikenali sebagai Peluk Abeh, Tawud
Luhan dan Singai Nekan, dipercayai wanita dari kaum Bidayuh terakhir
yang memakai gelang tembaga yang dikenali sebagai "ruyang" dan "rasung"
pada bahagian lengan dan betis, seawal umur 10 tahun.
Mereka
adalah anggota kumpulan kebudayaan dari Kampung Semban, yang sering
dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai festival di Kuala Lumpur,
malah pada tahun 2016 kumpulan ini turut diundang untuk membuat
persembahan di Lo Spirito Del Pianeta, festival antarabangsa kumpulan
peribumi dan suku kaum di Milan, Itali.
Menurut
ketua Kampung Semban, Sagen Adem berkata, pada satu ketika dahulu,
pemakaian gelang itu bukan sahaja sebagai simbol status dan kejelitaan,
tetapi juga sebagai pengiktirafan bahawa hanya pemakai yang dibenarkan
menghadiri festival tertentu dan melaksanakan upacara tradisional
komuniti.
#Sumber : - BERNAMA
MR : Bidayuh adalah satu kaum yang mengamal budaya hidup bermasyarakat sangat berbudi bahasa...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan