Header Ads

Header ADS

'Saya Kristian', Siapa kata PAS 'racist'? -Satail Majungkat, Sabah


DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti 'racist'.

Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012. Saya telah membantu PAS Sabah dalam gerak kerja Pilihan Raya Ke-13 dan Ke-14.

Saya menjadi ahli dalam PAS ini dengan kesedaran dan secara sukarela apabila melihat semua pimpinan dan negeri yang pernah diperintah oleh PAS tidak pernah terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Saya, walaupun berbeza agama dengan mereka, langsung mereka tidak pernah menggesa saya memeluk Islam. Malah saya berbangga dengan semua ahli PAS kerana mereka mempunyai akhlak sangat baik. Dalam mana-mana program yang mereka adakan, sembahyang mereka tidak pernah lupakan.


Malah PAS Sabah bersama-sama dengan DHPP Sabah pernah menganjurkan Sambutan Pesta Kaamatan dengan cara yang sangat harmoni. Dalam program tersebut kami memperagakan pakaian pelbagai kaum di Sabah. Saya dengan ikhlas hati mengatakan sangat berbangga berada di bawah organisasi PAS dan saya berdoa supaya saya kekal dalam parti ini. Saya beranggapan PAS merupakan parti masa depan yang sepatutnya menjadi pemerintah Malaysia. Hanya orang yang tidak kenal dengan PAS secara dekat sahaja yang akan membuat tuduhan melulu kepada PAS dan Presiden PAS.

SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah

MR :    Orang bukan Islam yang faham erti kehormonian, ketuanan bumiputra faham perjuangan PAS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



5 ulasan:

  1. Pertolongan datang dari Allah .

    BalasPadam
  2. Pas hendaklah bermuhasabah diri berkerja Sama dengan umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO kena juga muhasabah diri jangan tamak kuasa harta dan kedudukan.. Jangan salahgunakuasa dan kedudukan.. Ada yang mati kerana rebut kuasa dan pangkat dalam UMNO.. UMNO perlu kembali kepanggkal jalan .. 60 tahun BN perintah sepatutnya lebih kaya dan maju dari Singapura .. Singapura pendapatan bergantung pada Cukai dan perlabuhan sahaja tapi Malaysia ada hasil bumi dan hasil minyak yang banyak..

      Padam
  3. kenyataan SATAIL benar...malangnya ada segelintir masyarakat ISLAM khasnya dan rakyat amnya masih dimomokkan bahawa Politik PERLU dipisahkan dg AGAMA...mereka tidak kaji sejarah RASULLULAH berdakwah dgn cemerlang selepas BERHIJRAH dengan tertubuhnya negara ISLAM MADINAH dgn penyatuan AUS/KHASRAJ dan MUHAJIRIN dan masyarakat majmuk yang lain..tidak perlu ragu2 dgn ISLAM yg syumul lengkap SEGALANYA dari AQIDAH AKHLAK MUAMALAT MUNAKAHAT POLITIK UNDANG ILMU FALAK dan sebagainya sebagai PANDUAN HIDUP DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  4. PAS bekerjasama dengan sesiapa atas dasar Islam menyuruh selagi tidak bertentenagn dengan Islam. PAS kerjasama dengan UMNO bukan nak sokong mungkar. Nabi Musa duduk dalam istana Firaun tapi tidak ikut Firaun. banyak lagi ken mengaji nih.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.