Header Ads

Header ADS

Saya tak akan maafkan Najib sampai bila-bila – Tun M


KUALA LUMPUR –
Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak ‘sampai bila-bila’.

Menurut Mahathir, pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh-sungguh agar Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Tidak cukup dengan itu, katanya, beliau juga berusaha agar Najib boleh menggantikan Pak Lah namun persepsinya terhadap Najib berubah bila anak bekas Perdana Menteri itu mengetuai negara.

Ini kerana, ujarnya, Najib telah membuatkan orang semakin benci dengan UMNO

“Saya tak boleh maaf orang yang menghancurkan parti, sampai orang benci kepada UMNO.

“Masa pilihan raya dulu Pak Lah (Abdullah Badawi) menang lebih daripada saya, namun sekarang orang tolak Pak Lah, orang tolak Najib, pencapaian Najib lebih teruk daripada Pak Lah

“Orang yang menghancurkan UMNO saya tak boleh maaf, sampai bila-bila,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dalam program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kesungguhannya hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri dulu telah menyebakan tercetusnya perkelahian antara beliau dan Pak Lah.

“Tetapi bila Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah ‘bertukar’…umpamanya isterinya dimarahi orang kerana cuba nak menonjol diri, cara dia berbelanja dan sebagainya.

“Tetapi saya tidak begitu peduli tentang Rosmah, saya lebih tertumpu pada Najib…sebagai pemimpin, dia mesti menjaga maruahnya.

“Namun dia terus mempertahankan isterinya,” kata Mahathir

#Sumber : – Malaysia Gazette   

MR :  Orang tua kuat berdendam.. orang bukan permaaf susah diakhir hayatnya  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Akuilah sahaja yg Tun tak ditakdirkan berbakat mencari pengganti.. pilih Pak Lah tak berjaya.. pilih Najib musnah.. semua yg Tun pilih gagal.. masa PH memerintah pun ramai menteri yg Tun pilih gagal terutamanya Azmin.. ekonomi ntah kemana.. politik pintu belakang yg diutama.. biarlah kali ni Malaysia memilih PM nya sendiri tanpa tangan ghaib Tun lagi.. mungkin cara ini akan berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuduh liar saja. Kasi bukti, fakta dan punca maklumat lah.

      Padam
    2. Balik kerala lah oi.

      Padam
  2. That shows that he is a failure.

    BalasPadam
  3. "MR : Orang tua kuat berdendam.. orang bukan permaaf susah diakhir hayatnya" -

    Tak setuju, Itu pendapat kamu saja. Ramai yang berpendapat di sebalik nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua tahu madey keling putar alam.

      Padam
  4. Komen hilang ke?

    Takda pun kata Admin sedang proses.

    BalasPadam
  5. mula dia sebut rakyat tolak pak lah.
    pastu dia sebut dia yg turunkan pak lah sebab tak sabar nak tgk najib jadi PM.

    nyanyuk ka deyy

    BalasPadam
  6. "if you fail to plan, then you plan to be fail"

    Don't blame the others, blame you self because of your failures

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.