Header Ads

Header ADS

Shahidan lapor polis, nafi bersama Anwar mahu bentuk kerajaan baharu


Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan namanya termasuk dalam senarai Ahli-ahli Parlimen dari UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau membuat laporan itu bagi membersihkan namanya daripada dituduh sebagai pengkhianat oleh parti, selepas Anwar mengeluarkan kenyataan beliau kini mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

"Untuk selesaikan tuduhan Ahli Parlimen UMNO terlibat menyokong Anuar jadi Perdana Menteri, maka saya membuat laporan polis.

“Dalam laporan itu, saya minta polis siasat tuduhan tersebut yang mendakwa saya serta Ahli Parlimen UMNO yang lain antara yang memberi sokongan kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi hantaran Facebook beliau, hari ini.

Shahidan antara 20 nama Ahli Parlimen UMNO yang disenaraikan bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yang kononnya senarai nama itu akan dipersembahkan Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Selasa ini.

Semalam juga, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris membuat laporan polis terhadap Anwar kerana didakwa menyenarai nama beliau dalam barisan Ahli Parlimen yang akan menyokongnya membentuk kerajaan.

Antara nama lain yang turut tersenarai Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin; dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Nama itu melengkapkan senarai 121 Ahli-ahli Parlimen termasuk dari PH yang membolehkan Anwar menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut Shahidan, beliau dan kawan-kawan dalam UMNO tidak terlibat langsung dengan konspirasi untuk menukarkan kerajaan itu,

“Saya tidak tahu menahu, kerajaan Muhyiddin masih memerintah.

“Kementerian Dalam Negeri tolong selesaikan perkara ini,” katanya.

Katanya, pasaran saham jatuh disebabkan mainan politik Anwar yang menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia.

#Sumber :
– MalaysiaGazette
   
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.