Header Ads

ads header

Flash News

SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADA


ALOR SETAR :
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil dokumen berkaitan pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Menurut Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, pihaknya turut bertemu pihak pengurusan syarikat utiliti berkenaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pembelian kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, jelas beliau, SPRM tidak melakukan serbuan ke atas SADA, malah tiada kakitangan syarikat itu ditahan setakat ini.

Katanya, siasatan masih di peringkat awal.

Shaharom Nizam memaklumkan, pihaknya sudah mengambil beberapa dokumen berkaitan pembelian kenderaan terbabit bagi diteliti.

Sebelum ini, SADA dikatakan melakukan pembelian Toyota Vellfire berharga RM345,000 bagi kegunaan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi SADA.

Bagaimanapun, syarikat terbabit menafikan Muhammad Sanusi terbabit dalam pembelian kenderaan bernombor pendaftaran KEP 5000 berikutan keputusan pembeliannya dibuat pengurusan tertinggi.

#Sumber :   Astro

MR :   Siasat untuk ketelusan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan