'Sebenarnya, rakyat tak meluat terhadap kerajaan, tetapi...'
KOTA BHARU: Pas mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kerajaan yang kukuh dan diterima baik rakyat.
Sebaliknya, kata Setiausaha Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, sikap segelintir pemimpin telah menyebabkan politik kini berdepan ketidaktentuan.
“Sebenarnya,
rakyat tak meluat terhadap kerajaan. Kerana, rakyat sangat berpuas hati
dengan prestasi kerajaan mentadbir negara di tengah-tengah pandemik
COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
ini," katanya pada Selasa.
Sebaliknya, kata Che Abdullah, rakyat diberikan gambaran bahawa negara tidak mempunyai sumber kewangan.
"Tetapi, apabila berlaku perubahan kerajaan, dan aktiviti ekonomi terhenti sejak Mac lalu, kerajaan masih mempunyai wang untuk bantu rakyat.
"Ini menyebabkan rakyat lega dengan pertukaran kerajaan. Tetapi, apabila ada usaha hendak melahirkan politik panas, ini yang membuatkan rakyat rasa meluat,” katanya.
Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam pada itu meluahkan kekesalan kerana segelintir ahli politik masih mahu berpolitik, walaupun sudah ditegur Yang di-Pertuan Agong.
#Sumber : Astro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Engkau kata
BalasPadamRakyat macam macam kata ke awak
Pengolok
Penyogok
Biasa la dah ada jwatan tkut jwatan hilang la tu
BalasPadamBiasa la..,bila dah dapat jawatan besar, gaji besar, kuasa besar, kereta besar, duitbanyak...,tak mungkin jawatan itu nak dilepaskan begitu saja...dgn nyawa demi kepentingan peribadi, mesti dipertahankan...perjuangan pas selama ini yg meraungkan Islam, kinisudah dilenyapkan oleh nafsu serakah yg mementingkan duniawi semata...
BalasPadamSelama ini perjuangan Islam itu hanya topeng dan penuh kepura2an belaka...
Islam lenyap bila dah berjawatan besar...dunia, duniawi...penuh tipu daya..
Apa yg ko mengarut ni...baik istighfar..
PadamSecara umumnya rakyat biasa, tiada masalah.Orang yg gila kuasa kata, akar umbi sokong mereka.Bila pula meteka jumpa akar umbi dlm keadaan sekarang.Sebenarnya mereka sengaja mereka- reka ttg penerimaan rakyat lebih2 lagi mereka yg telah didapati bersalah @ sedang dlm perbicaraan mahupun menunggu perbicaraan.Dulu canang, sebelum dibicarakan tidak dikata bersalah tetapi apabila sabit hukuman....cakap ini semua komplot nak jatuhkan mereka.Jarang menteri nak mengaku kesalahan mereka.Sebhg besar memang muka tak tahu malu.Ada juga kumpulan yg perasaan ketua mereka hebat sedangkan belum teruji pun tapi yg nyata banyak terpalit skandal.Itulah org politik Malaysia yg sebhg besarnya org Melayu beragama Islam tetapi kurang akhlaknya berbanding pemimpin politik negara bukan Islam yg sanggup meletak jawatan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab kerana mereka levih bertanggungjawab.Sebagai rakyat biasa, berfikir dgn tenang dan jangan taksub dgn ketua @ pemimpin kerana mereka bukan maksum.
BalasPadam