Header Ads

ads header

Flash News

Tips Simpan Duit


Syiling
Setiap kali ada lebih dalam poket masuk aje tanpa kira, Total setahun genapkan RM200

RM1
Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan RM400

RM5
Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500

RM10
Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM1000

RM20
Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500

RM50
Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300

RM100
Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600

TOTAL keseluruhan setahun RM3,500

Dah boleh plan nak bercuti kat mana-mana. 😉

Safura Planner

MR :   Aku letak RM10 sehari ditabung masjid diwaktu subuh, tak sempat, zohor.. hingga Isya. Kalau Isya' terlupa juga esok kena qadha RM20. Insya-Allah akan ada Mahligai di syurga nanti yang lebih baik drp dunia dan isinya 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bersedekahlah wang, harta dan tenaga anda ke jalan Allah kerana sedekah adalah pelaburan yang terbaik yang sangat menguntungkan anda di dunia dan akhirat.

    Allah akan memberi ganjaran yang sangat besar kepada anda di dunia dan akhirat jika anda bersedekah ke jalan Allah.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

    Ingatlah anda akan meninggalkan semua pangkat, jawatan, gelaran, kekayaan, kemewahan, harta benda seperti banglo dan kereta mewah dan wang anda sebaik sahaja Malaikat Maut mencabut roh anda keluar dari jasad anda.

    Anda akan kehilangan semua perkara di atas sebaik sahaja anda meninggal dunia. Maka apakah yang anda sebagai si mati akan bawa ke alam Barzah selain dari kain kafan ?

    Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.




    BalasPadam