UMNO, BN berhak semak kedudukan dalam PN - Annuar Musa
KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhak untuk menyemak kedudukannya dalam Perikatan Nasional (PN) dari semasa ke semasa.
Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui semakan itu, kerajaan PN juga boleh diperkasakan menerusi muafakat yang lebih tersusun dan bersefahaman.
Katanya, mungkin terdapat asas tertentu menyebabkan UMNO mahu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan PN, selain berpandangan ia memerlukan kebijaksanaan bagi semua tindakan dengan mendahulukan kepentingan rakyat.
"Kita perlu stabilkan politik negara dan memperkuatkan perpaduan Melayu, iaitu asas kestabilan politik negara. UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama bertanggungjawab mewujudkan perpaduan ini.
"Tidak salah untuk UMNO, BERSATU dan PAS kembali ke 'drawing board' politik agar kita dapat melakar sesuatu lebih baik untuk negara. Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak.
"Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, penstabilan politik negara perlu diutamakan dengan tumpuan bagi menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik COVID-19.
"Memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta menjadikan Malaysia berjaya," katanya.
#Sumber : BH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan