Header Ads

ads header

Flash News

UMNO mahu MN didaftarkan, jadi entiti politik terajui keputusan kerajaan


KUALA LUMPUR:
UMNO menetapkan syarat baharunya supaya Muafakat Nasional (MN) menjadi gabungan parti politik bagi membolehkan ia menerajui kerajaan termasuk dalam memutuskan hal agihan kerusi, dasar kerajaan serta jawatan penting dalam Kabinet.

Sumber parti itu yang dihubungi menjelaskan, prasyarat baharu itu adalah antara perkara yang akan dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, dengan matlamat akhirnya adalah memastikan kestabilan buat kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Katanya, keputusan UMNO untuk tidak menyertai parti Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dibuat atas dasar mahukan supaya MN ini dikekalkan, bukan hanya sebagai semangat satu gabungan, tapi menjadi entiti politik yang meneraju keputusan penting kerajaan.

"Bila PN diwujudkan, nampak banyak saluran untuk menentukan keputusan membabitkan parti-parti dalam kerajaan. Sekejap keputusan PN, sekejap keputusan MN. Jadi banyak perkara yang kemudiannya sukar disepakati antara satu sama lain. PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah adalah kesannya," katanya ketika dihubungi BH.

Mengikut sumber itu, di bawah MN, ketiga-tiga parti iaitu UMNO, PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh menetapkan keputusan bersama sebelum kemudiannya menjadi satu keputusan rasmi kerajaan.

"Kita tidak mahu rakyat terutama orang Melayu keliru. Kenapa MN, kenapa pula PN, hingga yang dilihat kini seolah-olah MN dan PN ini ada konflik sesama mereka. Masing-masing seperti ada keputusan berbeza-beza," katanya.

Di bawah MN juga, katanya, rundingan akan lebih mudah berkaitan agihan kerusi dan jawatan dalam Kabinet, yang mana ia boleh diputuskan oleh tiga parti tonggak iaitu UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN), BERSATU mewakili PN dan PAS mewakili Gagasan Sejahtera.

Ditanya sama ada perkara ini akan menjadi topik utama perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan mesyuarat MN minggu depan, beliau berkata: "sudah tentu dan usaha sedang dilakukan untuk memberi keyakinan kepada PAS".

MN diterajui tiga parti utama iaitu UMNO, PAS dan BERSATU, dengan UMNO memiliki jumlah wakil Ahli Parlimen paling ramai.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata MN sudah terbukti berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun.

"MN sudah berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun (antara UMNO dan PAS). Genggaman erat penyokong, pendokong serta pemimpin UMNO dan PAS jangan dilepaskan.

"Kita akan terus memperkukuh Muafakat Nasional. Biro Politik UMNO sudah cadangkan agar Muafakat Nasional (MN) didaftar sebagai organisasi politik yang sah," katanya menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengadakan pertemuan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan berkaitan hala tuju seterusnya MN.

"Alhamdulillah pertemuan berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwah dan mahabbah. Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan muafakat UMNO-PAS dipertahan dan diperkasakan.

"Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS terus kekal muafakat. Antara kata-kata tuan guru yang begitu membekas di jiwa saya, UMNO dan PAS adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!," katanya.

#Sumber :  BH  

MR :  Satu cadangan terbaik, tapi perlu diperhalusi bagaimana agihan kawasan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Tukar je PN ke MN

    BalasPadam
  2. Sebenarnya UMNO ini sebuah parti yg tamak & tidak dapat menerima hakikat kekalahan dlm PRU14 yg lalu. Pemimpin korup UMNO takut kehilangan jawatan dalam parti sebagai platform utk kekal memerintah sekaligus menyapu bersih segala projek & kontrak kerajaan utk dibahagi pada kroni & penyokong tegar mereka sebagai balasan kesetiaan & menyokong dlm kem mereka spt mana yg terjadi dlm PAU terdahulu.
    Bagi pemimpin korup UMNO ini *CASH IS KING*.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandapigs komen paku dulang kayu serpih. Serupa ludah ke langit. Parti PAS juga yang bersih. Tapi pandapigs suka Komen pasal PAS sampai terkincit2 apb sebut nama PAS.

      Padam
  3. UMNO minta daftar MN kerana ingin control PAS & PPBM dalam pembahagian kerusi utk PRU15 akan datang.
    Dgn kelebihan kerusi yg mereka menang sekarang UMNO merasakan merekalah Big Brother & menganggap parti lain sebagai *Punching Bag*
    Pemimpin PAS, PPBM & parti lain perlu segera meninggalkan segera parti angkuh UMNO ini & membiarkan pemimpin korup mereka kenal erti kesetiaan dlm berpolitik demi Agama, Bangsa & Negara.

    BalasPadam
  4. Pandapigs suka memecahbelahkan kesatuan ummah. Meroyan nak berkuasa semula.

    BalasPadam