Header Ads

Header ADS

Ura-ura Samsung akan menghentikan siri Galaxy Note


Ura-ura Samsung akan menghentikan siri Galaxy Note selepas namanya terpalit dengan insiden bateri yang meletup secara rawak empat tahun yang lalu. Tetapi kini muncul laporan dari media Korea Herald yang mengatakan Note21 akan menjadi yang terakhir di dalam siri ini atas beberapa sebab.

Sebab pertama ialah Galaxy S21 kelak akan akhirnya hadir dengan model yang menyokong stylus S Pen. Ini adalah bagi menarik pengguna siri Note untuk berpindah ke siri S. Selepas itu Note21 akan menjadi model terakhir siri Note yang akan digantikan sepenuhnya oleh peranti siri Galaxy Z.

Dengan kata lain pada separuh tahun pertama siri Galaxy S akan dipasarkan sebagai peranti mercu manakala siri Galaxy Z akan dipasarkan pula sebagai peranti mercu boleh-lipat untuk separuh tahu kedua. Siri Note akan memberi laluan manakala siri Fan Edition akan ditawarkan sebagai peranti mercu lebih mampu milik.

Dengan tiga siri peranti mercu pada tiga tanda harga berbeza, Samsung akan cuba mengekalkan dominasi sebagai pengeluar peranti pintar terbesar dunia. Siri Note yang dahulunya unik terpaksa akur kepada realiti bahawa peranti skrin boleh-lipat adalah lebih unik kerana bukan sekadar menambah sokongan stylus.

Sumber Rujukan: Korea Herald
Sumber : Amanz   

MR :   Jika S ada pen..rasa tak  kisah 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.