Header Ads

Header ADS

Anwar kritik lagi Belanjawan 2021, katanya pula Belanjawan ini tiada gambaran cara pulih ekonomi


Kelemahan paling ketara dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan petang tadi adalah tidak memberi gambaran tentang bagaimana untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menurut Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian dalam reaksi segera selepas pembentangan di Parlimen petang tadi, yang turut dikongsi di laman Facebooknya.

"Kelemahan paling ketara ialah tidak ada satu lonjakan, bagaimana kita boleh pulihkan ekonomi. Itu kelemahan besar bagi saya.

"Belanjawan ini tak beri gambaran bagaimana kita boleh merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi agar hidup dan segar," kata ahli Parlimen Port Dickson itu.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322.54 bilion yang merupakan belanjawan paling besar pernah diumumkan kerajaan.

Daripada jumlah itu, RM236.54 bilion untuk perbelanjaan pengurusan (turun 1.9 peratus berbanding tahun ini) dan RM69bilion untuk perbelanjaan pembangunan (meningkat 23.21 peratus berbanding tahun ini).

Sejumlah RM17.9 bilion pula diperuntukkan untuk dana Covid-19.

Mengulas lanjut, Anwar berkata ada keperluan untuk membahaskan beberapa unjuran yang menurutnya "membimbangkan", antaranya unjuran cukai korporat yang hanya berkurang sebanyak RM4 bilion.

Berdasarkan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 oleh Kementerian Kewangan, unjuran cukai korporat bagi 2021 adalah RM59.4 bilion berbanding RM63.7 bilion pada 2019.

“Itu sukar diterima kerana perniagaan banyak yang hampir bangkrap atau kerugian atau (hanya mendapat) keuntungan kecil, melainkan (syarikat seperti) Top Glove, ada satu dua (seumpanya).

"Dalam mengira unjuran, ini membimbangkan. Perlu ada sikap yang lebih telus, yang menyatakan fakta kerana ia akan mempengaruhi dasar kita," katanya lagi.

Anwar turut membandingkan peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) - yang membabitkan peruntukan sebanyak RM85.5 juta - dengan peruntukan kepada beberapa golongan seperti orang kurang upaya (OKU) yang menurutnya, mendapat peruntukan yang kecil.

“Oleh itu, dalam perbahasan kita, saya akan mulakan Isnin, saya akan tunjukkan angka-angka ini, kerana bila kita lihat, baru kita tahu.

“Kalau tidak, rakyat hanya lihat, ‘saya dapat RM500, RM300’, tapi kita kena lihat keseluruhannya bagaimana,” tambahnya.

Menurut Anwar, pemberian bantuan tunai kepada golongan memerlukan adalah baik tetapi bukanlah jawapan untuk pemulihan ekonomi.

"Tetapi (apa yang diperlukan adalah) satu rangka yang teratur (untuk memulihkan ekonomi)," katanya.

Ketiadaan moratorium bayaran balik menyeluruh kepada semua peminjam serta ketiadaan kebenaran menyeluruh untuk semua pencarum mengeluarkan wang KWSP, turut disentuh Anwar.

“Saya ingat menteri kewangan ini lebih memihak kepada kepentingan bank, bukan kepentingan peminjam dan ekonomi,” katanya mengulas soal moratorium menyeluruh.

“Keduanya soal pinjaman KWSP, walaupun ada hujah (untuk) mempertahankan kepentingan masa depan (pencarum), tetapi bila orang itu dalam keadaan sesak pada masa sekarang, maka sejumlah pinjaman itu harus diperluaskan, tidak hanya kepada satu kategori kecil,” katanya.

Berdasarkan pembentangan tadi, kerajaan tidak akan melanjutkan moratorium pinjaman secara menyeluruh.

Bagaimanapun, bank memberikan dua pilihan kepada peminjam B40 yang menghadapi masalah untuk membayar pinjaman, iaitu moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan sebanyak separuh selama enam bulan.

Peminjam M40 pula boleh berbincang dengan bank untuk menyusun semula pakej kewangan mereka - seperti apa yang boleh dilakukan sekarang - melalui proses pengisytiharan diri jika mereka mengalami pengurangan pendapatan.

Kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020.

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 turut dibenarkan namun secara bersasar, bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 pencarum yang terjejas.

Pengeluaran itu melibatkan jumlah RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.


MR : Dia cakap hebat, teori pun hebat tapi diberi memerintah 22 bulan lalu apa dia buat. Ada dia buat kenyataan untuk bantu pemulihan masalah kewangan rakyat? Dia hanya tahu soal peralihan kuasa... saya dah jumpa PM untuk peralihan kuasa. Tak dengar saya jumpa Mahathir untuk bincangan bagaimana ekonomi rakyat perlu dirancakkan... 20 tahu kena kencing dengan slogan reformasi rakyat!! sebenarnya reformasi perut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Abam tak sabar nak bentang bajet sebagai PM

    BalasPadam
  2. Hebat hebat, jadi apa kaedah penyelesaiannya wahai orang bijaksana ?

    BalasPadam
  3. Anwar pakar manipulasi fakta 😆😆😆
    Punca daripada dialah FUCKTA tercipta, sapa nak claim dia guna ayat ni silakan 🤭 aku guna lama dah sebelum wujud media sosial lagi. Anwar kalau berucap berceramah atas pentas...kalu Bang Mat sinonim Mic Terbang 😬 Bang Non sinonim dgn FUCKTA MINDA PENDENGAR 😆😆😆
    Sekarang satu dunia terkesan dgn Covid19 Pandemic...tetiber pala hotak bang non dia nampak MOF gagal utk buat unjuran pulih ekonomi negara. Dia ingat main pelaburan mata wang boleh majukan atau pulih ekonomi kot...cukup2 lah suap FUCKTA merapu Anwar woiiii!!
    Pelabur pun berhati2 skrg nie, sektor perniagaan/perladangan/perusahaan perlu diteruskan dia ingat senang nak conduct negara masa wabak nie...kot, asal duit bantuan utk rakyat tak cukup tak banyak beri impak tak mampu tampung hidup rakyat miskin...hang manipulate fakta jadi FUCKTA 🤦🏻 punggah dgn FUCKTA PM tepi selama2 nya

    BalasPadam
  4. Biasalah bila dah MEROYAN nak jadi PM MALAYSIA...hanya dia aje yang BETUL SERBA SERBINYA...DSAI puak sekutu dengan IMF...seluruh DUNIA hadapi kegawatan EKONOMI dan tanggungjawab SOSIAL terhadap rakyat sendiri...macamlah DSAI tu PAKAR EKONOMI DUNIA...habuk pun xada...CERITA AJE LEBIH...PENUH dengan DONGENG CENDERELA AJE...marah dengan MAHATHIR kerana MALAYSIA XNAK BUAT PINJAMAN DARI IMF ...kalau DSAI naik jadi PM MALAYSIA...IMF BERKUASA PENUH KEATAS EKONOMI MALAYSIA.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.