Header Ads

Header ADS

Belanjawan, undi tidak percaya jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR:
Mesyuarat Ketiga Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang akan bermula esok amat ditunggu-tunggu selepas pelbagai episod berlaku dalam arena politik tanah air kebelakangan ini.

Selain pembentangan Belanjawan 2021, pasti ramai yang menunggu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin termasuk usul menyatakan kepercayaan kepada Perdana Menteri.

Apa pun, semuanya masih berkisar kepada pandemik COVID-19 termasuklah isu politik, ekonomi dan hal ehwal sosial dan kebajikan rakyat.

Bagi penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, mesyuarat ketiga Persidangan Dewan Rakyat kali ini memang menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana fokus belanjawan tetapi isu politik yang berkisar mengenainya.

Bagi ahli politik, katanya sudah pasti tumpuan kepada usul undi tidak percaya yang 'dicanang' pembangkang dan parti bebas untuk dibangkitkan pada persidangan kali ini.

"Ini pasti dibangkitkan walaupun ia seakan bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu supaya semua pihak tidak bermain politik berlebihan.

"Saya pasti belanjawan ini akan menjadi 'Bajet COVID-19' kerana semuanya akan terkait dengan pandemik itu

"Tidak mustahil ini akan menjadi belanjawan paling hangat kerana ia turut terkait juga dengan isu politik berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri," katanya.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November nanti, menyaksikan buat pertama kalinya Menteri Kewangan, Datuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkannya selepas beliau dilantik ke jawatan itu di bawah kepemimpinan Perikatan Nasional (PN).

Pembentangan Belanjawan 2021 itu juga adalah bajet pertama PN selepas mengambil alih pentadbiran negara yang mana dijangka fokusnya tertumpu kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 seperti yang digambarkan Perdana Menteri kelmarin.

Turut mencuri tumpuan dalam pembentangan belanjawan kali ini mengenai input dan cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen pembangkang dan bebas kepada Menteri Kewangan seperti moratorium dan bantuan khas pendidikan.

Semalam, beberapa wakil parti politik menemui dan berbincang dengan Menteri Kewangan mengenai input mereka bagi Belanjawan 2021.

Langkah itu dipercayai sebagai sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mahu Ahli Parlimen mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Pakar geo-strategis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan percaya Belanjawan 2021 pasti diterima Dewan Rakyat tetapi beliau kurang pasti jumlah yang akan menyokong.

"Bajet kali ini dianggap kritikal kerana peruntukan akan digunakan menangani pandemik dan pasti tiada ahli Dewan Rakyat yang mahu dituduh cuba gagalkan bajet demi kelangsungan agenda parti.

"Sebab itu saya jangkakan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini termasuk UMNO akan menyokong bajet," katanya.

Dari sudut yang lain katanya, Ahli Parlimen pembangkang turut dilihat menyatakan komitmen untuk turut menyokong bajet berkenaan namun ia bersyarat.

#Sumber : BH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. saya memang teruja menanti pembentangan bajet belanjawan 2021 ini kerana ia kembali dibentang oleh menteri kewangan melayu,,ds zafrul,,menteri yg terbukti hebat, siapa kata org melayu tak hebat? mendengar menteri kewayangan ph, nak termuntah,,bila rm dusebut "linggit"...puii,,dah la tidak fasih, bodoh pulak tu. bukan main seronok lagi pencacai ph bila menteri ini umum bantuan rm30 setahun...

    BalasPadam
  2. Melancar serangan politik dketika wabak penyakit menyetang rakyat..,memang itulah org politik yg paling teruk, paling tdk bertanggungbjawab...mereka itulah ahli politik hipokrit, selfish...

    BalasPadam
  3. Sumber: Berita HAIRAN.

    patutlah berkali kali dok ulang bab undi x percaya.
    agong dh sound pun depa nak buat pekak gak.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.