Beza bersetuju dengan syarat dan meletak syarat untuk bersetuju
1. isu moratorium automotik. Saya syorkan secara bersasar, agar sampai ke tangan pihak yang benar-benar memerlukan. Setuju atau tidak setuju, kedua2nya utk kepentingan rakyat. Dan boleh dibincang.
2. Isu pengeluaran one off10k akaun 1 KWSP, saya setuju kerajaan mendengar pandangan ahli2 parlimen. Sesi libat urus boleh dibuat, dan umumkan polisi.
3. hanya satu isu yang saya tidak bersetuju secara total, iaitu MELETAK SYARAT. kerana kedua-dua perkara itu tiada dalam RUU PERBEKALAN. Oleh yang demikian, apabila anda berkata, "Saya menyokong Bajet ini dengan pindaan". Saya bertanya, nak pinda di mana? Ia tiada dalam RUU Perbekalan.
Ada yang kata, ia ada dalam ucapan Bajet. Soalan saya, yang dibahas di parlimen berhari-hari ini, UCAPAN BAJET atau RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN?
Saya mungkin boleh setuju, jika ayatnya berbunyi begini, "Saya sokong Bajet ini, dengan syarat, kerajaan umumkan polisi berhubung moratorium dan kwsp sebagaimana cadangan saya," itu kedengaran agak munasabah.
Tetapi MELETAK SYARAT, sokong dengan pindaan, nak pinda di mana? Sebab itu saya kata, meletak syarat ini apa tujuannya? Hasilnya lahirlah SYARAT PUTERI GUNUNG LEDANG.
Dan adalah wajar, ahli-ahli parlimen kerajaan, duduk semeja, berbincang elok-elok dengan kerajaan. Kita juga yang membentuk kerajaan ini. PAS pun banyak perkara tidak setuju, jika nak diungkit. Tetapi membawa ke dewan, dan meletak syarat, saya anggap kurang sesuai.
Ia tidak mengurangkan hormat saya kepada ahli-ahli parlimen senior. Bagi saya, mereka ada rekod tersendiri mengurus kewangan dan mentadbir, banyak boleh saya belajar.
Tetapi saya kekal dengan apa yang sebut di dewan rakyat.
Ia penerangan simple. Tapi akan ada ramai yang sengaja tidak mahu faham. Tidak percaya? Baca komen.
Ahmad Fadhli Bin Shaari
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
SETUJU... BEZA Seperti saya Sudah ada Nombor dengan Nombor yang dipersembahkan SAMA dengan istilah saya nak goreng pisang dengan saya nak pisang goreng...simple
BalasPadamBezanya ialah sokong yidin mengkhinzir buta dan sokong bersyarat. no need to involve any gunung ledang royalties here guys.
BalasPadamBezanya ckp org pandai dgn lembu gila habuan.
BalasPadamOrg lain bagi hakikat, dia sibuk bagi hikayat.
Kakaka masih tk fhm lg
BalasPadamKakaka masih tk fhm lg
BalasPadamBersetuju bersyarat,,,,cari Populis
BalasPadamBersyarat nak bersetuju ,,,,mmg tak moh setuju
Puak Jibby nak tunjuk mrk pejuang rakyat n Puak Abam mmg nak tunjuk mrk pembangkang yg layak jd G
BalasPadam