Header Ads

Header ADS

Flash News

Bukan Islam MIC WP sambut baik larangan jual arak, Melayu Islam Geng PH pula tentang larangan jualan arak


MIC Wilayah Persekutuan sambut baik keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa dari 15 November.

Garis panduan itu antara lain melarang penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di Kuala Lumpur mulai Oktober tahun depan.

Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan D Pala Kumaran berkata bahawa garis panduan baru itu satu keperluan di Kuala Lumpur selaku salah satu kota yang sedang maju dan tidak terlepas dari masalah sosial yang wujud akibat peminum arak yang tidak bertanggungjawab.

"Segelintir dari golongan ini juga secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam jenayah domestik dan awam yang tiada jalan penyelesaiannya.

"Salah satu sebab terjadinya isu ini adalah ianya amat mudah untuk mendapatkan samsu atau minuman beralkohol di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan perumahan. Bukan sahaja orang dewasa, malah segelintir orang-orang muda juga menjadi hamba kepada minuman beralkohol ini.

"Akibatnya, bukan sahaja kesihatan yang terjejas, malah mereka-mereka ini juga tercicir dari arus perubahan dan pembangunan negara kerana dikawal oleh bahana arak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan D Pala Kumaran.

Beberapa pihak sebelum ini membantah garis panduan baru penjualan minuman keras itu, antara lain, dengan menyifatkan ia sebagai memberi kesan negatif kepada ekonomi yang sudah sedia terjejas akibat wabak Covid-19.

Sementara itu, Palakumaran menambah, pihaknya mengalu-alukan keputusan tersebut sambil menyatakan MIC telah giat berkempen selama beberapa dekad yang lalu untuk menghapuskan jualan samsu haram dan arak secara berleluasa di negeri ini.

"Di bawah kepimpinan bekas Presiden S Samy Vellu, parti tersebut telah memberi beberapa memorandum kepada pihak DBKL dan kementerian berkaitan untuk tujuan ini.

"Tambahan pula, wakil MIC dalam Lembaga Penasihat dan Lembaga Eksais DBKL sering kali mengetengahkan keperluan untuk memperketatkan peraturan penjualan samsu dan alkohol di Kuala Lumpur.

"Komitmen MIC dalam isu ini telah membuahkan hasil apabila pihak DBKL memperkenalkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) baharu pada bulan ini," katanya.

Untuk rekod, dalam garis panduan baru termaktub pengharaman jualan samsu sepenuhnya mulai 15 Disember 2020.

........

Malaysiakini

Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji membidas kenyataan Ahmad Marzuk Shaary mengenai kemungkinan memperluas larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara.

Ini berikutan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan memperkenalkan larangan itu di Kuala Lumpur mulai Oktober tahun depan.

Patriot menyeru Ahmad Marzuk dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk lebih fokus menangani masalah rasuah.

"Kami ingin meminta Ahmad Shaary untuk memberitahu kami mana yang lebih jahat - minum arak atau rasuah? Mana yang lebih merosakkan masyarakat dan negara kita? Kejahatan mana yang paling menarik orang Melayu?

"[..] Kepada Annuar dan Ahmad Shaary, beritahu kami di antara dua kejahatan ini, mana yang harus diambil tindakan terlebih dulu - menentang larangan minuman keras atau untuk membasmi rasuah di kalangan masyarakat Melayu," kata Arshad.

Arshad turut menyifatkan kenyataan Ahmad Marzuk sebagai campur tangan dalam urusan orang bukan Islam.

Arshad turut menyifatkan larangan berkenaan "tidak perlu dan tidak masuk akal".

"Orang ramai, terutama orang bukan Islam, memperhatikan apa yang telah dinyatakan oleh pemimpin PAS sebelum ini.

"Orang bukan Islam sering diberi jaminan bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan yang berkaitan dengan Islam dan urusan Islam, termasuk isu Hudud.

"Orang bukan Islam diberitahu bahawa mereka boleh mengambil makanan tidak halal selagi agama mereka mengizinkan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kegagalan berpegang pada prinsip itu akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap Ahmad Marzuk dan pihaknya.

Semalam, Ahmad Marzuk, yang merupakan exco dewan Pemuda PAS Kelantan, mengatakan bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluas larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka, dan juga kedai ubat di seluruh negara.

Annuar sebelum ini menjelaskan bahawa garis panduan baru mengenai lesen minuman keras itu dibuat setelah melakukan tinjauan mengenai panduan yang digunakan di negara lain sebelum pelaksanaannya di sini.

MR : Larangan jualan bukan tak boleh jual, tetapi bebas jual. Negara kapir pun amal perkara ini, tapi geng Melayu Islam PH bodoh nak faham kerana jahil dengan agama sendiri





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Ada sorang macai PH poyo yang selalu tanya dalam MR pasal arak,Ruu...sekarang apa pula komen dia!

    BalasPadam
  2. maaf jika bertanya Pres PAtriot ini pernah rasa ARAK masa bertugas dulu.? telah termaktub Dlam ALQURAN SYIRIK KHAMMAR ARAK JUDI SIHIR TILIK NASIB RASUAH TERMASUK KERJA2 SYAITAN.BESAR DOSA ARAK jika setitik ke mulut amalan baik ditolak 40 hari..yg memgeluarkan/melulus/menulis
    mengedar/menghidang/meraikan pesta arak termasuklah DOSA2 BESAR....Opps.. LEBAI mana tau buat kerja.. ya ARIFF MULUK dan pemuja TOKONG2 KHINZIR..

    BalasPadam
  3. Orang Melayu yang tak faham agama walaupun beragama Islam.Bukan tak boleh jual dgn larangan pun tak tau beza.Bodoh pianggg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bahaya Melayu yg mengaku ISLAM dan MELAYU ISLAM cba kita fikir ada dua golongan MELAYU sekarang.

      Padam
  4. Kebanyakkan Nelayu PH tohor agama tgk Abam dia campur aduk Islam,Hindu ,Buddha n Kristian dijamir ikut selera buntut die

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH...usaha2 dari LEBAI2 (tunggang agama/lembu2).. kata Hinaan ARIF muluk Dan sekutunya selama ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebai2 tunggangan agama telah dikembukan dlm PAN spt UAA,AGS dll

      Padam
  6. Firman Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90)

    Tindakan parti kafir harbi biaDAP dan puak RBA dan khadam liberal mereka membela dan menyokong industri dosa besar seperti arak dan judi.

    Ini jelas membuktikan puak liberal adalah puak munafiqun yang mendakwa kononnya mereka beragama Islam tetapi hati mereka tetap membenci Islam dan umat Islam dan mereka sanggup bersekongkol dengan puak kafir harbi menentang, menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Maka kita tidak terkejut melihat mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam menyokong pesta arak seperti oktoberfest dll dan menentang tindakan pihak berkuasa mengawal jualan arak.

    Allah telah berfirman:

    Dan apabila mereka (puak munafiqun) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka (puak munafiqun) kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

    (Al-Baqarah 2:14)

    Cukuplah 22 bulan agama Islam dihina dan hak umat Islam dinafikan oleh musuh Islam.

    BalasPadam
  7. Bos patriot,nanti kamu mati, ajak puak Dap urus jenazahmu.Jgn cari geng lebai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Munasabahlah p ramlee pernah sebut" dah tua pun bodoh ". Ayat ini sesuai kepada si tua poyo patriot

      Padam