Header Ads

ads header

Flash News

Facebook Didenda RM24 Juta Di Korea Selatan Kerana Berkongsi Data Pengguna Tanpa Kebenaran


Pihak berkuasa di Korea Selatan, kini telah mendenda laman sosial terkemuka dunia, Facebook sebanyak 6.7 bilion (sekitar RM24.96 juta). Pihak berkuasa Korea Selatan mendenda laman sosial berkenaan kerana berkongsi data pengguna Korea Selatan seramai 3.3 juta orang kepada syarikat lain tanpa kebenaran antara Mei 2012 sehingga Jun 2018 yang lepas.

Ia dikatakan Facebook mungkin telah berkongsi data seperti nama, alamat, tarikh lahir dan sebagainya bersama sekitar 10,000 syarikat lain. Pihak berkuasa Korea Selatan tidak dapat menetapkan angka sebenar, kerana mereka sukar untuk mengetahuinya disebabkan Facebook tidak berkongsi dokumen berkaitan hal ini.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa di sana turut menuduh Facebook dengan mengatakan laman sosial berkenaan menghantar dokumen yang tidak lengkap atau tepat – tetapi Facebook menidakkan perkara berkenaan, dan mengatakan telah bekerjasama untuk siasatan berkenaan sepenuhnya.

Sumber Rujukan: YonHap

MR : Banyak mana maklumat kita tersebar, sebelum Muslim Pro jual kepada tentera US



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan