Header Ads

Header ADS

Fahami Konteks Sebenar Perbahasan YB Pasir Mas


Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Timbalan kami yang juga MP Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari atas perbahasan yang jelas dan penuh berfakta di Dewan Rakyat pagi ini. Saya menegaskan bahawa ucapan YB Pasir Mas adalah mewakili suara kami Pemuda PAS seluruhnya.

Harus difahami, Pemuda PAS tidak pernah menolak pelaksanaan morotarium kepada golongan B40 dan M40 yang terjejas. Cumanya, morotarium yang dilaksanakan kami cadangkan ianya secara bersasar, bukan secara automatik. Pelaksanaan morotarium secara bersasar lebih berfokus dan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebab kita percaya, bukan semua rakyat memilih untuk lanjutkan morotarium. Tanpa menafikan ramai yang terkesan pendapatan akibat pelaksanaan PKPB, namun ada sebahagian dari kita yang tidak mahu melanjutkan lagi tempoh hutang mereka yang sedia ada. Ada pendapatan berjalan walau sikit, mereka nak bayar juga sekadar termampu. Pada masa yang sama, ada golongan yang terjejas pendapatan, yang bergaji hari, yang tiada pendapatan langsung, dan tiada pilihan selain melanjutkan morotarium. Dengan lanjutan morotarium, dapatlah mereka gunakan untuk teruskan kehidupan dan menyara keluarga. Sebab itu kita cadangkan supaya pelaksanaannya bersasar. Cuma, permudahkanlah dan kurangkan birokrasi dalam permohonan ini. Janganlah disusahkan rakyat yang mohon untuk lanjutkan atau kecualikan morotarium.

Pelaksanaan lanjutan morotarium dan keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 1 KWSP juga sebenarnya bukanlah sebahagian dari kandungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021, atau Belanjawan 2021 seperti yang sedang dibahas di Dewan Rakyat sekarang. Perkara ini tidak melibatkan sebarang peruntukan dari Kerajaan. Malah, keputusan pelaksanaannya juga boleh sahaja dibuat oleh Jemaah Menteri tanpa perlu dibahas dan diluluskan di Parlimen. Justeru kami berasa hairan mengapa ada pihak yang mengugut untuk menarik sokongan kepada Belanjawan 2021 jika cadangan ini bukanlah sebahagian darinya? Atau adakah ianya sekadar syarat Puteri Gunung Ledang seperti yang disebut Pasir Mas dalam perbahasan tadi?

Masa ini adalah untuk kita bersama menjaga dan memastikan kebajikan rakyat terbela, di saat negara sedang diuji dengan penularan pandemik COVID-19. Ini bukan masanya untuk kita beradu siapa lebih pakar ekonomi, atau lebih bijak menguruskan kewangan. Ini masa kita bersatu hati untuk rakyat. Mari kita buktikan kita ikhlas untuk membina negara, bukan berpolitik sepanjang masa.

Teguh kita, menang bersama.

Nazir Helmi
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Maaf sedara, mungkin betul apa yang dicakap oleh sahabat sedara tu; dalam konteks isi kandungan. Mungkin betul...

    tapi sekarang ni rakyat tgh dalam keadaan yang bercelaru,, ramai yg tertekan..ramai yg mudah sentap..jadi bila pemimpin nak berhujah, bukan setakat isi je kena betul, penyampaian pun kena hati2..

    contoh ye..nak kata si A budak bodoh. ada 2 pilihan: "awak A kena lebih bijak bila bertindak" atau "ko ni A bodoh betul la". rasa2nya yg mana satu mengundang penampar?

    BalasPadam
  2. Sebenarnya ,,,monitorium n duit kwsp bukan perlu dimskpun dlm belanjawan n tak perlu Jibby nak bsyarat n lebih baik hujah atok, monitorium n kwsp bila2 masa blh dibuat jika perlu tanpa
    terganggu dgn B2021

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuat ko mabuk ni. Moratorium la mangkuk!

      Padam
    2. Mabuk laut ngail tenggiri kat Panrai Mangkok Setiu,,,bewak pedal

      Padam
    3. Saya seorang peniaga kedai makan yang baru mula perniagaan sebulan selepas PKP mula bulan Mac yang lalu. Saya sewa kedai dari sebuah syarikat pemaju hartanah. Sebagai penyewa kami sedikit pun tidak dapat apa apa menafaat dari moratorium tu, kadar sewa kedai tetap sama mungkin tuan punya kedai dapat moratorium kami penyewa tak dapat apa2 pun. Mintak bantuan prihatin tak dapat pasal tiada pendapatan sebelum ini. Kedai baru mula mana nak dad pendapatan. Mungkin terpaksa tutup kedai. Prihatin apa benda.

      Padam
    4. Saudara ddk negeri n daerah? Ini Ambe bantu sekadar terdaya

      Padam
  3. Ape kate kerajaan ni bagi kat PH semula.. lepas tu kita baca pulak statement Nazir Helmi.. mesti 360.. huhu.. mentang2 ade kuasa kemain suruh bersatu demi pandemik.. kalau jadi pembangkang nanti sama je perangai.. masa nilah pembangkang nak tekan kerajaan kalau ada kelemahan kat belanjawan.. kalau boleh buat tanpa kelulusan parlimen apakah PN akan buat? Rasanya lagi taknak buat.. menteri2 semua kenyang2.. bila buat camni pikir panjang jugaklah PN..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.