Header Ads

Header ADS

Jam G-SHOCK Tengku Zafrul Jadi Buruan Ramai, Harga Terus Naik Mendadak


Semalam selesai sudah pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang perama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.

Berikutan ramai yang terjejas pendapat susulan penularan COVID-19, antara inisiatif Belanjawan 2021 yang menjadi perhatian ramai adalah mengenai pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian sepanjang pembentangan itu adalah jam tangan G-SHOCK yang disarung oleh Tengku Zafrul.

Berdasarkan perkongsian netizen, ketika membentangkan Belanjawan 2021 semalam, Tengku Zafrul menyarung model G-SHOCK GA-900-2ADR.

Difahamkan, jam tangan boleh didapati pada harga RM495 di Lazada. Namun dek kerana ianya dipakai oleh Tengku Zafrul, harga jam tersebut naik mendadak apabila ada yang menjual kembali dengan harga RM1,200. Biar betul??

Namun, jika anda tercari-cari jam tersebut, masih sempat lagi untuk membelinya di sini sebelum ianya disambar oleh reseller diluar sana dan menjualnya pada harga lebih tinggi.

Sumber : https://suaraviral.org




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kata nak bmf...ambe dah sambar jam brand FATEH design dan keluaran anak melayu tuan haji x ingat nama...malas nk cari kad biz dia...beli kat malakat mall....ada website jugak...hj ni melayu pertama pergi switzerland jadi designer utk branded watches pastu gi china..
    Eloklah beli fateh drp beli casio

    BalasPadam
  2. tolong viralkan jenama fateh ini agar meluas ramai yang tahu, skrg ni ramai yang tak tau termasuk saya sendiri

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.