Header Ads

Header ADS

Kawasan Bebas Berniaga Selama Setahun & Percuma


Berikutan palaksanaan Kawasan Bebas Berniaga di seluruh kawasan PBT di Kedah yang diumumkan sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah membuat penambahbaikan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesukaran kewangan untuk menceburi bidang perniagaan.

Kawasan Bebas Berniaga ini pada sebelum ini dicadangkan selama 6 (enam) bulan bermula dari tarikh pelaksanaannya iaitu pada 15/11/2020 sehingga 15/5/2021 dengan bayaran dikenakan adalah sebanyak RM10 sebulan.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah bersetuju supaya langkah ini dilaksanakan selama 1 (satu) tahun iaitu bermula dari 15/11/2020 sehingga 15/11/2021.

Berkuatkuasa mulai 1/12/2020 pembayaran Lesen atau Permit Sementara adalah percuma kepada semua pemohon.

Syarat permohonan adalah sama seperti sebelum ini dan kelulusan permohonan adalah tertakluk dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT seperti tidak menghalang laluan dan lalulintas, tidak meninggalkan peralatan di tempat berniaga, menjaga kebersihan, tiada mendatangkan kacau ganggu, memelihara keselamatan dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid19.

Permohonan permit percuma boleh dilakukan di PBT yang berkaitan pada waktu pejabat hari bekerja. Saya mengharapkan agar langkah ini dapat membantu meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan kesuraman ekonomi akibat Covid 19.

Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah
19 November 2020

MR : orang lain sibuk berebut jawatan, puak PAS sibuk bantu rakyat disemua negeri PAS perintah. Menteri2 PAS pun sibuk bantu rakyat. Tahniah!!



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.