Header Ads

ads header

Flash News

Kawasan Bebas Niaga Kedah


1. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah membuat keputusan untuk mewujudkan KAWASAN BEBAS BERNIAGA kepada para peniaga / penjaja statik atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan di bawah Majlis Perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), berkuat kuasa mulai 15 November 2020. Kepada sesiapa yang ingin berniaga bolehlah merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada PBT yang terlibat berkenaan lokasi berniaga yang dipilih.

2. Peniaga dan penjaja dikehendaki memohon PERMIT PERNIAGAAN SEMENTARA SECARA BULANAN iaitu tidak secara kekal dan akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 sahaja sebulan dan boleh membuat pembayaran di PBT yang terlibat. Sehubungan dengan itu, para peniaga perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Penjaja dan Gerai PBT masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, para peniaga hendaklah memastikan barang-barang perniagaan tidak ditinggalkan di kawasan tapak berniaga, tempat yang dipilih tersebut hendaklah tidak mengancam keselamatan awam, tidak menggangu lalulintas dan para peniaga perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di tapak perniagaan.

4. Saya mohon Kerjasama daripada Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT yang terlibat supaya membuat pemantauan secara berkala dan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat dan bersih.

Jika terdapat sebarang aduan dari masyarakat sekeliling berkenaan tapak perniagaan tersebut, menimbulkan kacau ganggu, mengabaikan kebersihan atau keselamatan, pihak PBT akan mengambil tindakan yang selari dengan peraturan yang berkuatkuasa.

Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan