Header Ads

Header ADS

Kejayaan Pinda Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang Serlahkan Kekuatan Muafakat Nasional Umno-Pas Di Pahang


1. Alhamdulillah, hari ini kerjasama UMNO dan PAS melalui ikatan MUAFAKAT NASIONAL terserlah apabila RUU untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang berjaya dilaksanakan sehingga ADUN-ADUN DAP bertindak keluar Dewan kerana kalah dalam undian.

2. Melalui pindaan ini Kerajaan Negeri boleh melantik 5 ADUN tambahan secara lantikan sebagaimana yang diamalkan di Sabah (6 ADUN Lantikan) dan Terengganu (4 ADUN Lantikan).

3. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang telah mengilhamkan pindaan ini bagi meletakkan satu lagi asas yang kukuh demi kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur.

4. Bagi Pemuda UMNO, dengan mewujudkan 5 ADUN lantikan tambahan, Menteri Besar boleh melantik wakil masyarakat dari kalangan profesional , ahli akademik, ulamak, pemimpin wanita muda, belia, orang asli mahupun golongan OKU.

5. Ini seiring dengan konsep Dewan Negara di peringkat Parlimen Persekutuan, bagi mewujudkan keseimbangan dan menggalakkan partisipasi yang konstruktif daripada pelbagai golongan yang mewakili suara kelompok tertentu dalam masyarakat demi kelangsungan kemakmuran dan kesejahteraan negeri.

6. Kejayaan hari ini juga menggambarkan kebijaksanaan YAB Menteri Besar Pahang yang mempelopori model kerjasama kukuh dan ampuh MUAFAKAT NASIONAL antara dua parti tunjang orang Melayu Islam di Negeri Pahang.

7. Pahang boleh menjadi model dan contoh ikutan terbaik buat negeri-negeri lain dalam memperkasa dan memperkukuhkan lagi kerjasama dan permuafakatan UMNO-PAS dalam MUAFAKAT NASIONAL.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
20 November 2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Saya ingin maklumkan kepada semua pihak kelestarian rakyat dan Negara tidak mampu berdaya maju dalam semua urusan ekonomi rakyat dan Negara. Pengalaman saya sejak tahun 2007 telah dijangka UNNO Tumbang sebab Ahli² Parlimen , Wakil Rakyat tidak telus kepada semua rakyat. Yang ada kelompok² kroninya sahaja. 2007 keluarga saya buka Kuari Pasir masa YAB Mahadzir Khalid MB Kedah didaftar Konsortium Binaminda J5KP (M) Sdn. Bhd. Konsep bekerjasama Untung dipersetujui 50% setahun kepada semua rakan² yang dibayar setiap bulan ikut pecahan modal masing². Apabila kerajaan PAS memerintah negeri kedah hujung tahun 2009 ramai² orang kampung dihasut oleh Ust yang mengajar di masjid² termasuk penjawat awam buat provokasi rampas kuari pasir kami 27 rakan² akhirnya diberikan kepada pengusaha Cina yang sedia kaya raya. Zakat Kedah yang mengaku boleh beri bantuan guaman asnaf alqhorimin sehingga sekarang tidak membantu. Ahli Parlimen Baling TIDAK Membantu. Jelas ajaran agama Islam sekarang dicemari Tidak menolong perkara² kebaikan. Situasi sekarang saya SEDANG berusaha untuk membina perusahaan jentera ladang kait buah kelapa sawit kerjasama rakan² ENTERPRISE yang memberi untung 70% kepada semua rakan² Setahun dan dibayar Pecahan 12 bulan. Sebulan sekali dapat untung bekerja ada gaji. Konsep ini Membantu Rakyat semua menjadi senang. MODAL kita - kita Jaga KERJA kita - kita buat. Semua bantuan dijadikan pinjaman kepada rakyat Setiap bulan rakyat MAMPU Membayar Hutang KEPADA kerajaan. Boleh hapus RASUAH. Tidak perlu gaji elaun KEPADA imam² dan hal² agama Islam. Semua amalan diterima Allah SWT. Kenapa Tidak Ada orang² Membantu saya.

    BalasPadam
  2. 5 adun lantikan tu x payah di bayar gaji ke? Selama ni adun2 sedia ada keje smpi x menang tangan ke? Kalo negeri kaya raya okay la. Ni level klate jgk. Sabah tu paham la kaya hasil minyak. Suku kaum pun ramai.
    Keje nak merompak je puak2 haram jadah ni! Pastu pergunakan nama melayu dan Islam.

    BalasPadam
  3. 10.37, rba pandapigs meroyan lagi, pasal hilang kuasa. Biarlah mrk buat yg terbaik utk rakyat, pandailah diorang tu. Awk duk diam je. Klu awk dpt kuasa pru akan dtg, buat la ape yg patut. Jgn kena buang lagi oleh rakyat. Prk yg lepas asyik kena tolak je.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.