Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir bidas wakil pembangkang sokong Belanjawan ‘kerajaan korup’


Dr Mahathir Mohamad mengkritik anggota parlimen bukan kerajaan yang tidak bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan 2021 petang ini.

“Kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan sogokan pada ahli parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh ahli parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan secara dasar melalui undian suara di Dewan Rakyat.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) supaya pengundian dibuat secara belah bahagi tidak berjaya selepas hanya mendapat 13 sokongan anggota parlimen (senarai di bawah), kurang dua seperti disyaratkan.

Sokongan itu diperoleh daripada kesemua empat anggota parlimen Pejuang, enam daripada Amanah dan masing-masing satu daripada PKR, DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Belanjawan 2021 selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sebelum itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam penggulungan di parlimen mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut pelbagai pihak.

Menulis di blognya, Mahathir berkata semua anggota parlimen yang bangun, termasuk semua daripada Pejuang, tetap berpegang kepada janji.

“Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat,” katanya.

Dia menegaskan pendiriannya yang tidak berganjang menolak Belanjawan 2021.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jgan kerana politik dendam dan hilang kuasa rakyaat jadi mangsa.sedar diri org dah hilang hormat pd yg gila kuasa

    BalasPadam
  2. rakyat sudah kembali sedar daripada lamunan...khusysnya org melayu,,kami sedar,mahathir....hang adalah perompak sebenar harta negara,,hang,,menipu org melayu dgn lakonan melyu, sedangkan hakikatnya hang keling kerala yg benci melayu dan raja2 melayu,,kerana hang dan al juburi, negara kucar-kacir, hang boleh berambus,,,kepada rakyat malaysia keturunan keling yg bersama2 dgn org melayu dan hidup bersama dgn penuh kasih sayang,,jgn ambil hati no,,saya hanya tujukan kpd keling mcm mahathir ni saja....

    BalasPadam