Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman petang ini
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof diarahkan memberi keterangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) di Bukti Aman pada jam 5.30 petang ini.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara tersebut.
"Ya, kami akan panggil (Mujahid). Siasatan melibatkan isu lama pada bulan Mac 2020, ada laporan dibuat terhadap beliau,”katanya ketika dihubungi.
Pada Mac 2020 lalu difahamkan satu laporan polis dibuat terhadap Mujahid dan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung kenyataan mereka yang didakwa mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai perdana menteri kelapan.
Laporan polis yang dilihat oleh laman Buletin TTKM itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang pada 7 Mac 2020 .
Sementara itu, Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar dan naib Presiden Amanah ketika dihubungi turut mengesahkan dia akan hadir ke Bukit Aman petang ini.
Bagaimanapun, Mujahid berkata dia tidak dapat mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana tidak dimaklumkan tentang siasatan terhadapnya.
“Saya sendiri tidak dimaklumkan secara khusus berhubung kes tersebut, tapi dia sebut unit siasatan jenayah terkelas. Saya pun tertanya-tanya juga," katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan