Nasruddin “mohon” acara ABPBH esok dibatalkan
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasruddin Hassan memberitahu pihaknya sedang mengusahakan agar Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-33 esok dibatalkan.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berkata, program hiburan itu sangat tidak wajar ketika umat Islam sedang resah dilanda pandemik Covid-19.
“Sayugianya kita banyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Beristighfar dan melakukan amal kebajikan, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita, negara dan seluruh penghuninya dari wabak yang bahaya ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Temerloh tersebut berkata, pihak YADIM telah menerima banyak aduan daripada umat Islam mengenai ketidakwajaran anugerah yang bakal menobatkan Bintang Paling Popular itu.
“Justeru, kami mohon ia dibatalkan dan diganti dengan program yang lebih bermanafaat dan tidak mengundang kemurkaan Allah swt.
“Bagi pihak YADIM beberapa usaha dalaman telah dilakukan supaya program ini dibatalkan. Mohon doakan dari semua,” katanya diakhiri dengan tanda pagar #batalkanABP.
“Permohonan” Nasruddin agar acara itu dibatalkan menerima pelbagai reaksi termasuk sindiran daripada warganet.
Pihak menyokong pembatalan ABPBH menganggap langkah itu wajar dan adil memandangkan program ceramah agama dan Piala Malaysia juga dibatalkan kerana ancaman Covid-19.
Namun, lebih banyak kecaman diterima antaranya menganggap “permohonan” pemimpin Pas itu berlaku hanya selepas menerima desakan.
Tidak kurang juga yang mengingatkan Nasruddin agar tidak sekadar bertempik di media sosial sahaja sebaliknya memanfaatkan kuasa sebagai kerajaan.
ABPBH ke-33 esok akan dianjurkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Buat pertama kalinya, acara yang menyaksikan Xiaomi, iaitu sebuah syarikat elektronik multinasional China sebagai penaja utama akan disiarkan secara langsung melalui aplikasi video TikTok.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Nsaruddin perlu memanafaakan Yadim pd
BalasPadamisu2 UMMAH Isu mcm ini beri kpd NGO ajeeee
Bukan tugas Yadim semata-mata.Tugas semua yang mengaku Islam
BalasPadammasih ada yang busuk hati usaha YADIM @ JAKIM dalam usaha mmemartabatkan syiar Islam..tetapi jika TIADA APA2 TINDAKAN DIAMBIL tuduh pula mereka tidak peka makan gaji buta tunggang agama dan berbagai lagi....rindu dengan DALIL2 dari ARIFF MULUK,
BalasPadamLaa...tontonwi yg mohon..mmg xde la..kalo setakat mohon, jd pembangkang balik la.
BalasPadambengong 9.40ptg....istilah mohon/Hantar memorundum adalah bahasa lembut dalam DAKWAH...selepas tiada apa2 tindakan gunakan ayat dan TINDAKAN KERAS seperti DESAK/BANTAH/BOIKOT/DEMONTRASI....jadi jgn mudah perlekehkan usaha murni orang lain yang mencegah KEMUNGKARAN DAN KEFASIKAN
PadamOowh..lembu Pas ckp hantar permohonan/ memorundum tu dakwah. Kah355x! Ko kalo dah bodow sgt, benti je la dari jd org!
PadamSenyap Keldai DAP
Padamtahniah 10.03pg terserlah kamu sebagai BABI KHINZIR DAP...teruskan usahamu diuruskan di tokong
PadamKerajaan perlu peka dgn keadaan pandemik covid19 ini. Adakah acara ini hanya dibenarkan hanya selama 30 minit sepertimana yg dibenarkan kuliah agama diadakan di masjid/surau. Begitu jg terdapat kenduri perkahwinan yg terpaksa dibatalkan oleh kerana pkpb ini dan deposit sajian hangus begitu saja. Adakah acara yg boleh mengundang kemurkaan Allah tidak boleh dibatalkan sedangkan rakyat disuruh berdoa sentiasa supaya wabak ini terhapus sedangkan kerajaan yg mengundangnya. Kalaulah begini keadaannya sukar bala Allah ini terhindar. Yg dtg ke acara ini nanti majoritinya adalah Melayu
BalasPadamKalau berada di luar kerajaan lebih senang nak bantah dan protes. Tapi bukan senang nak tinggalkan mercedez dan gaji/elaun yg lumayan. Mmmmhh, macam manak ek? Serabut juga
PadamAcara mcm nie kementerian yg btanggung kalo nsk buat sgt buat secara online jeee, atas alasan artis perlu glamor wpun Allah nak turun bala, sbb hati msh nati
BalasPadam