Header Ads

Header ADS

Parti atau pemimpin perlu sedar?


POLEMIK
hala tuju UMNO kian kembali diperdebatkan antara satu sama lain.

Mengapa masih tercari-cari pintu sana, pintu sini? Mengapa sesama pemimpin masih berpolemik dan menegakkan corak pemikiran masing-masing?

Adakah parti yang belum berubah atau sikap pemimpin yang suka berubah-rubah? Di mana puncanya… di mana silapnya… di mana dan bagaimana?

Butiran begini bermain dibenak pemikiran penyokong dan pendokong. Situasi ini pernah berlaku dalam sejarah parti UMNO.

Perbezaan corak pemikiran antara perjuangan kedaerahan dan kenegerian telah berjaya disatukan menjadi satu.

Dengan 41 buah persatuan seluruh negeri telah bersetuju bergabung menubuhkan PEKEMBAR.

Pemimpin pada masa itu yang pelbagai aliran ilmu (ada aliran sekolah Inggeris, sekolah Melayu dan aliran agama) masing-masing mencari titik persamaan fikrah pemikiran.

Mereka mengorbankan kehendak pemikiran masing-masing kepada satu iaitu menentang Malaya Union dan mengembalikan kedudukan Raja-Raja serta orang Melayu.

Begitu juga sekitar tahun 1987, apabila UMNO baharu disahkan kembali oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Percambahan pemikiran berlaku pada masa itu, ada yang menubuhkan parti Melayu Semangat 46 (S46) beraliran UMNO lama.

Sebenarnya, yang berubah adalah corak pemikiran pemimpin. Ideologi perjuangan UMNO masih beraliran membela orang Melayu.

Sebab itu, orang Melayu masih sayang dan menghormati kepada UMNO, tetapo sikap pemimpin UMNO itu sendiri yang menjauhkan orang Melayu daripada UMNO.

Jika nak selamatkan UMNO, tanyalah yang ramai (ahli dan orang Melayu), pemimpin mana yang mereka hendak.

Yang sudah luka dan sakit kronik dalam kepimpinan berundurlah secara bermaruah. Usahlah mencambahkan kekusutan kepada parti, ideologi perjuangan UMNO tidak bersalah, yang salah adalah kita yang mencorakkan.

Penubuhan parti untuk perjuangan yang ramai bukan hanya kepada satu (individu, keluarga, puak).

wae
Rizduan Ibrahim

Rizduan Ibrahim
mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Pemimpin yg berusia 65 thn Keatas harus berjiwa kental dan serah tampuk kepimpinan kpd 65thn kebwh dan mrk 65 keatas jd penasihat yg baik n ikhlas

    BalasPadam
  2. PEMIMPIN yang kehidupannya DISANTUNI dengan AGAMA ISLAM aje layak menjadi PEMIMPIN PARTI dan PEMIMPIN bagi MALAYSIA.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.