Header Ads

ads header

Flash News

Pertemuan Pemuda PAS dengan Menteri Kewangan atas beberapa cadangan..


Alhamdulillah baru sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, di Kementerian Kewangan sebentar tadi. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyertai rombongan beberapa orang ahli parlimen PAS melontarkan pandangan-pandangan berhubung Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.


Banyak isu yang dibincangkan dalam pertemuan lebih sejam (1.30ptg - 2.40ptg) tadi, antara isu dan cadangan yang dilontarkan ialah :

1. Pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP dicadangkan untuk dibenarkan oleh kerajaan pada had tertentu. (respon daripada YB Menteri ; sekitar 45 peratus daripada pencarum KWSP mempunyai wang kurang daripada 10 ribu ringgit Malaysia dalam akaun 1).

2. Tumpuan khusus perlu diberikan oleh kerajaan untuk program upskilling terutama yang melibatkan anak-anak muda. Kementerian-kementerian pemegang taruh seperti KBS, KSM dan KPLB wajar diberikan peruntukan tambahan untuk memperkasakan bidang kemahiran.

3.Memperkasakan pembangunan usahawan digital memandangkan kebanyakan syarikat syarikat yang ditubuhkan selepas wabak pandemik covid 19 melanda pada awal tahun ini ialah melibatkan usahawan digital. Sehingga ke hari ini sebenarnya sebanyak RM1.2 bilion telah diperuntukkan di dalam pakej PRIHATIN, PRIHATIN 2.0 dan PENJANA untuk pembangunan usahawan digital.

4. Tumpuan khusus kepada Kelantan terutamanya projek-projek yang sepatutnya telah dimulakan sejak sekian lama seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan pembesaran lebuhraya Gua Musang-Kota Bharu. Termasuk juga dalam isu ini ialah dana khusus bagi meningkatkan perkhidmatan bekalan air di Kelantan.

5. Pengumuman berhubung dengan royalti minyak yang wajar diterima oleh Kelantan. Saya cadangkan supaya Menteri Kewangan dapat mengumumkan jumlah yang benar-benar akan diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia kepada Kelantan sebagai bayaran royalti minyak.

6. Pembangunan infrastruktur dan capaian Internet yang menjadi isu besar di kalangan masyarakat luar bandar. Perlu ada suntikan khusus untuk meningkatkan tahap capaian Internet terutamanya pada ketika mahasiswa terpaksa belajar atas talian seperti hari ini.

Terima kasih saya rakamkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas kesediaan untuk mendengar cadangan-cadangan yang telah kami kemukakan. Semoga pembentangan belanjawan 2021 pada hari Jumaat ini akan berjalan dengan lancar dan memenuhi aspirasi yang dikehendaki oleh rakyat.

Ahmad Fadhli Shaari
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
1 November 2020
Kementerian Kewangan Malaysia,
Putrajaya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan