Header Ads

ads header

Flash News

Rakam tak salah, sebar salah, kata Bukit Aman


PETALING JAYA:
Tindakan merakam gambar atau video polis sedang membuat siasatan bukan suatu kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang jika rakaman itu dikongsi atau disebarkan ke media sosial.

Katanya, peruntukan itu juga terpakai bagi tindakan pegawai serbuan yang dilaporkan cuba menggeledah rumah presiden persatuan pelajar Universiti Malaya pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan itu, polis Kajang menahan bekas pemimpin Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Wong Yan Ke, 24, yang dipercayai membuat rakaman operasi itu dan menyiarkannya di Facebook Live.

Wong merakam serbuan di kediaman presiden persatuan itu, Robin Yap Wen Qing.

Beberapa ahli jawatankuasa persatuan itu disoal siasat berhubung kenyataan bertajuk “Yang Di-Pertuan Agong should not Interfere in national affairs” (Yang Di-Pertuan Agong tidak harus campur tangan dalam urusan negara) di Facebook.

Dalam kenyataan hari ini, Huzir berkata setiap siasatan polis adalah sulit.

Katanya, tangkapan dibuat terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun, yang tidak dinamakan itu, kerana “masih tetap meneruskan rakaman selepas beberapa kali diberi amaran menghentikan tindakannya” dan kerana “mengganggu proses penyiasatan”.

Beliau berkata, mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang pegawai polis dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 186 dan 188 Kanun Keseksaan.

“Perlu diingatkan setiap siasatan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya, apatah lagi jika ditularkan di media sosial.

“Ia boleh mengganggu proses siasatan polis dan juga bertentangan dengan peruntukan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Huzir berkata, lelaki itu enggan memberikan kerjasama dengan pegawai serbuan walaupun sudah ditunjukkan kad kuasa polis.

Katanya, serbuan itu selaras Seksyen 8 (2) Akta Hasutan 1948, yang mengeluarkan waran kepada polis untuk menggeledah bagi melengkapkan siasatan.

Beliau turut memaklumkan, polis menerima 41 laporan berhubung “posting” di Facebook itu.

Wong ditahan selama 15 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Berikutan penahahan itu, Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata, merakam serbuan polis bukan suatu kesalahan.

Seorang peguam lain mendakwa “kekerasan digunakan” terhdapa bekas pemimpin pelajar yang merakam serbuan polis itu adalah “kes serangan yang nyata” dan meminta Wong membuat laporan polis.

Aktivis Ng Yap Hwa membuat laporan berhubung penahanan Wong di balai polis Petaling, semalam.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan